DUNIA
'Respons macam guna ChatGPT' - Suruhanjaya PBB dakwa Israel enggan layan bukti pelanggaran di Gaza

Sidoti (foto) menuduh Israel enggan berinteraksi secara serius dengan badan hak asasi PBB dan hanya memberi respons berulang terhadap laporan pelanggaran. -Gambar fail/AP
GENEVA: Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa PBB mengenai Wilayah Palestin, Chris Sidoti, menuduh Israel enggan berinteraksi secara serius dengan badan-badan hak asasi yang membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan ketenteraan di Gaza.
Ringkasan AI
- Chris Sidoti menuduh Israel enggan berinteraksi secara serius dengan badan hak asasi PBB dan hanya memberi respons berulang terhadap laporan pelanggaran.
- Beliau menyindir respons Israel sebagai -macam guna ChatGPT- dan mengkritik bajet propaganda besar yang gagal hasilkan jawapan asli.
- Suruhanjaya PBB menyimpulkan bahawa tindakan Israel di Gaza menunjukkan corak operasi yang munasabah untuk diklasifikasikan sebagai genosid.
"Dengan bajet propaganda yang begitu besar di Kementerian Luar, patutnya boleh hasilkan sesuatu yang lebih asli,” katanya secara sinis.
Sidoti menegaskan bahawa Israel sepatutnya memberi perhatian kepada bukti yang dikemukakan dalam laporan rasmi, bukan sekadar menolak dapatan secara menyeluruh.
Laporan tersebut mendakwa Israel telah melakukan empat daripada lima tindakan yang ditakrifkan sebagai genosid di bawah Konvensyen Genosid 1948.
Israel sebelum ini menolak laporan berkenaan dan menuduh suruhanjaya tersebut sebagai berat sebelah serta dipengaruhi oleh propaganda Hamas.
Suruhanjaya yang diketuai Pillay dan Sidoti telah menjalankan siasatan selama dua tahun, termasuk analisis satelit, temu bual mangsa dan saksi, serta kajian terhadap kenyataan rasmi pemimpin Israel.
Mereka menyimpulkan bahawa niat genosid adalah satu-satunya kesimpulan munasabah berdasarkan corak operasi ketenteraan Israel di Gaza.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami