awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan bantah permohonan Tesla bekal tenaga kepada isi rumah di UK

Bernama
Bernama
20/08/2025
09:58 MYT
Ribuan bantah permohonan Tesla bekal tenaga kepada isi rumah di UK
Tesla memohon lesen daripada Ofgem bulan lepas bagi membolehkan syarikat itu mula membekalkan tenaga kepada isi rumah dan perniagaan. - Reuters
LONDON: Lebih 8,000 orang menggesa pengawal selia tenaga United Kingdom (UK), Ofgem untuk menghalang Tesla daripada membekalkan elektrik kepada isi rumah di Britain, dengan menyatakan kebimbangan terhadap "agenda politik yang jelas" Elon Musk, lapor PA Media/dpa.
Tesla memohon lesen daripada pengawal selia tenaga berkenaan bulan lepas bagi membolehkan syarikat itu mula membekalkan tenaga kepada isi rumah dan perniagaan di England, Scotland dan Wales seawal tahun depan.
Namun, aktiviti politik bilionair berkenaan, termasuk sokongannya terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan aktivis berhaluan kanan Tommy Robinson, nama sebenar Stephen Yaxley-Lennon, telah menimbulkan bantahan daripada orang ramai terhadap permohonan itu.
Kumpulan kempen Best for Britain telah menggesa orang ramai untuk menulis kepada Ofgem, dengan alasan Musk bukanlah individu yang "layak dan sesuai" untuk "bertapak dalam perkhidmatan penting negara itu."
Setakat ini, seramai 8,462 orang telah menggunakan alat dalam talian kumpulan itu untuk mengemukakan bantahan kepada Ofgem.
"Rakyat Britain sememangnya menentang Musk daripada terlibat dalam apa jua urusan bekalan elektrik kita, dan sebab itulah kami menggalakkan lebih ramai orang untuk menyuarakan pandangan mereka sebelum Jumaat ini dengan menggunakan alat dalam talian kami untuk menulis kepada Ofgem dan menyatakan bahawa mereka menentang cubaan menguasai ini - ia hanya mengambil masa dua minit," kata Ketua Eksekutif Best for Britain, Naomi Smith
Pengeluar kereta elektrik itu juga mempunyai perniagaan tenaga solar dan penyimpanan bateri.
Tesla telah terlibat dalam pasaran tenaga UK sejak 2020, apabila ia diberikan lesen untuk menjadi penjana elektrik.
Di AS, kumpulan itu telah menjadi pembekal elektrik di Texas sejak tiga tahun lalu.
Permohonan itu dibuat ketika permintaan terhadap kenderaan elektrik Tesla di Eropah merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Tesla telah dihubungi untuk mendapatkan komen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tesla
#ofgem
#pengawal selia tenaga
#United Kingdom
#elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan