DUNIA
Ribuan berarak di London bantah lawatan Trump ke Britain

Ribuan penunjuk perasaan berarak di London membantah lawatan Presiden AS Donald Trump ke Britain, membawa sepanduk mengkritik dasar AS mengenai Gaza, imigresen dan iklim. -Foto Reuters
LONDON: Ribuan penunjuk perasaan berarak di pusat bandar London pada Rabu bagi membantah lawatan negara kali kedua Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Britain, ketika beliau diraikan di Istana Windsor, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Ribuan penunjuk perasaan berarak di London membantah lawatan Presiden AS Donald Trump ke Britain, membawa sepanduk mengkritik dasar AS mengenai Gaza, imigresen dan iklim.
- Demonstrasi dianjurkan oleh Stop Trump Coalition berlaku serentak dengan lawatan rasmi Trump yang disambut di Istana Windsor dan dijadual bertemu PM Britain Keir Starmer.
- Britain dan AS umum perjanjian teknologi bernilai berbilion dolar, termasuk pembukaan pusat data Google di Hertfordshire yang cetus kebimbangan penduduk tempatan.
"Saya rasa keadaan sekarang sangat kacau-bilau. Kita tidak mempunyai kepimpinan yang baik dan saya sangat bimbang dengan hala tuju yang diambil AS dan dunia," katanya.
Sementara itu, kerajaan Britain pada Selasa mengumumkan Britain dan AS mencapai perjanjian teknologi bernilai berbilion dolar sempena lawatan Trump, bagi memperkasa bidang yang berkembang pesat seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan tenaga nuklear.
Google dilaporkan akan membuka pusat data di Waltham Cross, Hertfordshire.
Philip Threlfall, penduduk Hitchin di Hertfordshire berkata pembinaan pusat data itu tidak dapat dielakkan, namun ia akan membawa kesan buruk kepada semua pihak, menjejaskan kawasan tanah lembap dan mendatangkan masalah yang sama berulang kali.
Polis Metropolitan menganggarkan sehingga 5,000 orang menyertai protes pada Rabu.
Sehari sebelumnya, polis mengumumkan lebih 1,600 anggota dikerahkan bagi mengawal demonstrasi, dengan amaran bahawa perhimpunan mesti berakhir sebelum 7 malam waktu tempatan.
Demonstrasi itu dianjurkan kumpulan "Stop Trump Coalition" yang turut mengadakan protes di Windsor pada malam Selasa, dengan hampir 100 penduduk tempatan dan peserta dari kawasan lain hadir sebelum ketibaan Trump.
Menurut Istana Buckingham, Trump dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Khamis, hari terakhir lawatannya, di Chequers, kediaman rasmi perdana Menteri.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami