INTERNATIONAL
Ribuan di utara Gaza tiada akses bantuan kemanusiaan, rawatan perubatan

Ribuan penduduk di utara Gaza kehilangan akses kepada bantuan kemanusiaan dan perubatan akibat serangan berterusan Israel yang kini memasuki hari kesepuluh. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal memberi amaran bahawa ribuan penduduk kehilangan akses kepada bantuan kemanusiaan dan perubatan di utara Gaza susulan operasi pasukan penyelamat terjejas teruk akibat serangan berterusan Israel yang kini memasuki hari kesepuluh berturut-turut.
Ringkasan AI
- Ribuan penduduk di utara Gaza kehilangan akses kepada bantuan kemanusiaan dan perubatan akibat serangan berterusan Israel yang kini memasuki hari kesepuluh.
- Mahmoud Basal merayu kepada masyarakat antarabangsa dan institusi kemanusiaan untuk campur tangan segera bagi membolehkan pasukan Pertahanan Awam menjalankan tugas mereka.
- Tentera Israel menahan kenderaan bomba dan ambulans, serta melepaskan tembakan kepada sesiapa yang cuba mendekati kawasan tersebut, menghalang operasi penyelamat di utara Gaza.
Selama 28 hari berturut-turut, utara Gaza khususnya kem Jabalia dan Beit Lahia berdepan pengeboman, kepungan dan kelaparan, lapor QNA.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami