SEKURANG-kurangnya 4,000 orang dipindahkan susulan kebakaran hutan yang tidak terkawal di Pulau La Palma, Sepanyol, setakat Ahad.
Kebakaran berlaku sejak awal pagi Sabtu ketika Eropah bergelut untuk menangani gelombang panas.
Kebakaran di kawasan hutan di utara pulau itu memaksa orang ramai dari kampung berhampiran, Puntagorda dan Tijarafe dipindahkan.
Sejumlah 10 unit udara dan 300 anggota bomba berusaha mengawal kebakaran hutan di pulau itu, yang juga sebahagian daripada kepulauan Sepanyol.
Menurut Presiden Kepulauan Canary, Fernando Clavijo, sekurang-kurangnya 13 buah rumah musnah disebabkan api yang semakin marak.
Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu menjejaskan kawasan lebih 4,650 hektar.
Di Tenerife, satu lagi daripada gugusan lapan pulau membentuk Kepulauan Canary, kebakaran hutan itu memaksa 50 orang dipindahkan selepas kawasan seluas 60 hektar musnah.
Kebakaran hutan adalah krisis semula jadi pertama berlaku di pulau itu sejak letusan gunung berapi di pulau Sepanyol pada September 2021.
Astro Awani
Sun Jul 16 2023
Api kelihatan menjulang tinggi susulan kebakaran hutan Tijarafe di Pulau Canary, La Palma, Sepanyol, 16 Julai 2023. REUTERS
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pihak berkuasa dikerah, bendung kebakaran hutan Bolivia
Kebakaran tersebut turut memaksa penutupan sekolah dan mengganggu penerbangan komersial.
Sao Paulo tubuh kabinet krisis tangani kebakaran hutan
Kerajaan negeri memberi amaran bahawa kebakaran hutan boleh merebak dengan cepat akibat angin kencang.
Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.
Kebakaran hutan landa bandar Izmir di Turkiye, ratusan terpaksa berpindah
Kebakaran yang bermula di daerah Karsiyaka memasuki hari ketiga dan merebak ke kawasan kejiranan perumahan dan tapak perindustrian.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.
Kebakaran hutan paksa lebih 30,000 penduduk dipindahkan di Greece
Pihak berkuasa Greece pada Ahad mengarahkan lebih 30,000 penduduk di bandar Marathon di wilayah timur laut Attica dipindahkan berikutan kebakaran hutan yang merebak dengan cepat akibat cuaca panas.
Langit Athens menjadi gelap akibat kebakaran hutan
Kejadian bermula kira-kira jam 3 pagi 35km dari Athens menyebabkan langit menjadi gelap dengan bau asap menyelubungi ibu negara Greece itu.
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
Gelombang haba: Kebakaran hutan landa Eropah Selatan
Kebakaran hutan yang marak telah meragut sekurang-kurangnya dua nyawa dan mencederakan empat yang lain di Itali.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.