Skip to main content

Dunia

Ribuan lagi pesakit di Gaza menunggu pemindahan perubatan - Ketua WHO

Last week, World Health Organization (WHO) supported the evacuation of 106 patients - including 19 children, along with 132 companions, from the Gaza Strip via the Rafah and Kerem Shalom crossings.  Since October 2023, a total of 13,237 patients - 6276 of them being children - and 16,406 companions, have been evacuated. But thousands more still await medical evacuations.
- Facebook Tedros
Advertisement

ISTANBUL: Ribuan pesakit di Semenanjung Gaza masih menunggu untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan segera, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pada minggu lepas agensi itu membantu pemindahan 106 pesakit, termasuk 19 kanak-kanak, melalui pintu sempadan Rafah dan Kerem Shalom. Mereka diiringi 132 orang.

Sejak Oktober 2023, seramai 13,237 pesakit, termasuk 6,276 kanak-kanak, bersama 16,406 pengiring dipindahkan keluar dari Gaza, kata Tedros dalam hantaran di X.

"Pemindahan perubatan memberi peluang untuk terus hidup kepada mereka yang memerlukan rawatan segera," katanya.

Tedros menegaskan, akses berterusan melalui beberapa laluan pintu sempadan diperlukan bagi memastikan pesakit menerima rawatan perubatan tepat pada masanya.

Tindakan genosid Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza menyebabkan ratusan ribu penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal, dengan ramai daripada mereka berlindung di pusat perlindungan sementara dan khemah di seluruh wilayah Palestin itu.

Sejak gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat, lebih 1,300 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 4,000 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Sejak Oktober 2023, apabila Israel melancarkan serangan genosid terhadap Gaza, lebih 73,400 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 174,400 lagi cedera akibat serangan Israel yang berterusan, kebanyakannya menyasarkan infrastruktur awam.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement