awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan pelarian Afghan berkumpul di sempadan susulan langkah Pakistan usir pendatang

Bernama
Bernama
01/11/2023
11:32 MYT
Ribuan pelarian Afghan berkumpul di sempadan susulan langkah Pakistan usir pendatang
Bulan lepas, Pakistan mengumumkan pengusiran kira-kira 1.7 juta pelarian Afghanistan di negara itu, yang dikritik Barat dan kumpulan hak asasi manusia global. - AP
ISLAMABAD: Puluhan ribu pelarian Afghanistan yang tinggal di Pakistan kini mula berkumpul di sempadan untuk pulang ke negara asal yang dilanda konflik, susulan tindakan tegas Islamabad ke atas pendatang tanpa izin, walaupun terdapat bantahan global.
"Lebih 10,000 warga Afghanistan telah menyeberangi sempadan semalam dan kami menjangkakan 25,000 lagi hari ini," kata Fazal Rabi, timbalan ketua agensi pelarian Pakistan, kepada agensi berita Jerman (dpa).
Lebih seratus keluarga masing-masing terdiri daripada kira-kira 30 orang anggota dilihat berada dalam barisan lori di Torkham, satu daripada dua lintasan sempadan utama antara Pakistan dan Afghanistan, menurut Rabi.
Polis metropolis di selatan Karachi dan wilayah barat laut Khyber-Pakhtunkhwa juga mula menangkap warga Afghanistan tanpa izin pada Rabu selepas tarikh akhir sebulan diberikan untuk mereka pulang secara sukarela tamat, kata pegawai itu.
"Kami mula menangkap pendatang tanpa izin," kata Irfan Baloch, seorang pegawai polis di Karachi, bandar yang menempatkan lebih 3 juta pelarian Afghanistan.
Tindakan keras juga telah bermula di Khyber-Pakhtunkhwa dan bandar utamanya Peshawar, kata pegawai polis tempatan Kashif Aftab kepada dpa.
Bulan lepas, Pakistan mengumumkan pengusiran kira-kira 1.7 juta pelarian Afghanistan di negara itu, yang dikritik Barat dan kumpulan hak asasi manusia global.
Aktivis mendakwa polis turut mengganggu mereka yang mempunyai dokumen sah atau sedang menunggu penempatan semula mereka di Amerika Syarikat dan negara lain selepas Taliban mengambil alih Afghanistan pada 2021.
"Semua orang disyaki dan diganggu," kata Muniza Kakar, seorang peguam hak asasi di Karachi yang membela pelarian di mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelarian
#Afghanistan
#Pakistan
#pendatang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan