awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan rakyat Palestin dipaksa meninggalkan penempatan mereka di Gaza Utara

Bernama
Bernama
07/08/2024
22:15 MYT
Ribuan rakyat Palestin dipaksa meninggalkan penempatan mereka di Gaza Utara
Warga Palestin yang melarikan diri dari penempatan mereka terpaksa berjalan jauh untuk mencari perlindungan di rumah saudara-mara atau rakan-rakan mereka atau ada yang menjadi gelandangan di jalanan atau di tempat perlindungan. - Gambar fail REUTERS
GAZA: Ribuan rakyat Palestin diarahkan untuk meninggalkan penempatan mereka secara paksa di Beit Hanoun, sebuah bandar di utara Gaza, oleh tentera Israel pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tentera Israel sebelum ini mengarahkan pengosongan Beit Hanoun dan kawasan sekitarnya sebagai persediaan untuk operasi ketenteraan dengan alasan ada tembakan roket dari kawasan itu.
Wartawan Anadolu memetik saksi yang mengesahkan bahawa ribuan rakyat Palestin mula melarikan diri dari utara Gaza, dan menuju ke Jabalia dan Bandaraya Gaza.
Rakyat Palestin yang melarikan diri terpaksa berjalan kaki sambil membawa barang-barang mereka kerana tiada pengangkutan disediakan.
Warga Palestin yang melarikan diri dari penempatan mereka terpaksa berjalan jauh untuk mencari perlindungan di rumah saudara-mara atau rakan-rakan mereka, sementara yang lain menjadi gelandangan di jalanan atau di tempat perlindungan jika mereka berjaya mendapat tempat di tempat perlindungan yang sudah penuh sesak.
Israel mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera dan telah menghadapi kecaman antarabangsa berikutan serangan kejam yang berterusan di Gaza sejak pencerobohan pada Oktober lepas.
Lebih 39,600 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 91,400 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Lebih 10 bulan sejak diserang Israel, sebahagian besar Gaza kini tinggal runtuhan di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang telah mengarahkan ia untuk segera menghentikan operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah, dan lebih daripada satu juta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diceroboh pada 6 Mei. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#rakyat Palestin melarikan diri
#Gaza Utara
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan