awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan ratapi kematian Marilia Mendonca, bintang pop Brazil maut dalam nahas pesawat

Agensi
Agensi
07/11/2021
09:23 MYT
Ribuan ratapi kematian Marilia Mendonca, bintang pop Brazil maut dalam nahas pesawat
Ramai yang tidak dapat menahan air mata ketika melihat mayat penyanyi itu, yang terkenal sebagai aktivis feminisme, penulisan tentang memperkasakan wanita dan mengecam keganasan rumah tangga. - Foto REUTERS/Ueslei Marcelino
GOIAS: Puluhan ribu peminat berkumpul pada hari Sabtu untuk memberi penghormatan kepada Marilia Mendonca, salah seorang penyanyi paling popular di Brazil yang maut dalam nahas kapal terbang pada usia 26 tahun.
Pemenang Grammy Latin dan empat penumpang lain, termasuk penerbit dan bapa saudaranya, meninggal dunia pada Jumaat apabila pesawat mereka terhempas ketika dalam perjalananan Goiania ke Caratinga, sebuah bandar kecil di utara Rio de Janeiro.
Peminat tiba seawal malam Jumaat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyanyi itu, bermalam di luar sebuah gimnasium di Goiania dimana upacara memperingati Mendonca diadakan.
Orang ramai beratur selama berjam-jam pada Sabtu dalam cuaca panas, menunggu untuk memberi penghormatan kepada Mendonca.
"Kematiannya seperti tidak boleh diterima akal. Semua orang menyukainya,” kata Tania Rodrigues, yang membawa bersama anaknya yang berusia 11 tahun, Rosangela.
“Dia sangat baik dengan semua golongan, wanita, lelaki, kanak-kanak, orang muda, orang tua. Dia seorang yang rendah hati dan berkarisma," kata seorang lagi peminat, Ilsa da Costa Oliveira.
Akademi Rakaman Latin mengeluarkan kenyataan penghormatan dan menyifatkan Mendoca sebagai "penyanyi dan komposer yang berpotensi."- Foto Foto Instagram/mariliamendoncacantora
Akademi Rakaman Latin mengeluarkan kenyataan penghormatan dan menyifatkan Mendoca sebagai "penyanyi dan komposer yang berpotensi"- Foto Instagram/mariliamendoncacantora
Di dalam gimnasium, ramai yang tidak dapat menahan air mata ketika melihat mayat penyanyi itu, yang terkenal sebagai aktivis feminisme, penulisan tentang memperkasakan wanita dan mengecam keganasan rumah tangga.
Akademi Rakaman Latin turut mengeluarkan kenyataan penghormatan dan menyifatkan Mendoca sebagai "penyanyi dan komposer yang berpotensi," serta menggelarnya "suara generasi baharu muzik rentak sertaneja," dalam industri muzik Brazil.
Awal Jumaat, Mendonca memuat naik video ke laman sosial yang menunjukkan dia berjalan untuk menaiki pesawat sebelum dia dilaporkan meninggal dunia dalam nahas pesawat ketika dalam perjalanan untuk mengadakan konsert.
Butiran mengenai punca insiden masih tidak diketahui. Gambar dan video menunjukkan pesawat itu terhempas di sebuah kawasan air terjun.
Topic Berkaitan
#Marilia Mendonca
#pesawat
#Rio de Janeiro
#Brazil
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan