Ribut landa Greece, cetus banjir dan tanah runtuh

Pakar kaji cuaca berkata ribut itu dijangka bertambah kuat pada waktu malam, khususnya di Attica dan beberapa kawasan lain di tengah Greece. - Sumber foto tangkapan layar dari @volcaholic1/Xenia Drakopoulou
ATHENS: Banjir besar, tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur dilaporkan di seluruh Greece pada Khamis apabila ribut kuat Byron melanda negara itu, membawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Ribut kuat Byron menyebabkan banjir besar, tanah runtuh, dan kerosakan infrastruktur di seluruh Greece, terutamanya di Semenanjung Peloponnese dan Crete.
- Pihak berkuasa menggerakkan jentera berat untuk mengekalkan laluan utama terbuka, tetapi hujan berterusan menyebabkan tanah runtuh dan kebimbangan akan limpahan air sungai.
- Mesyuarat kecemasan dijalankan oleh kerajaan Greece untuk menghadapi keadaan ribut yang semakin meruncing, sementara penduduk diarahkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Di Crete, pulau terbesar Greece, hujan lebat menyebabkan penutupan jalan, tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur, khususnya di daerah selatan.
Di Heraklion, bandar utama pulau itu, hakisan tanah menyebabkan sebahagian jalan runtuh sehingga sebuah kenderaan terjatuh ke dalam lubang pembinaan. Tiada kecederaan dilaporkan, dan pihak berkuasa tempatan membuka pusat perlindungan sementara untuk gelandangan.
Kerajaan mengadakan mesyuarat kecemasan yang dipengerusikan Menteri Krisis Iklim dan Perlindungan Awam Yiannis Kefalogiannis ketika sistem ribut itu bergerak merentasi negara.
Pegawai memberi amaran mengenai keadaan yang semakin meruncing dengan cepat dan menggesa penduduk mengehadkan pergerakan serta mematuhi arahan keselamatan rasmi.
Pakar kaji cuaca berkata ribut itu dijangka bertambah kuat pada waktu malam, khususnya di Attica dan beberapa kawasan lain di tengah Greece.
Angin dijangka mencapai tahap 8-9 pada skala Beaufort, sekali gus berpotensi menghasilkan gelombang ribut di sepanjang pantai Aegean termasuk Kepulauan Dodecanese di tenggara, di mana banjir awal sudah pun dilaporkan.
--BERNAMA-XINHUA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesan utama ribut kuat Byron terhadap Greece yang dilaporkan dalam artikel? A: Banjir besar, tanah runtuh, dan kerosakan infrastruktur dilaporkan di seluruh Greece, menyebabkan banjir besar di Laconia, tanah runtuh di Crete, dan hakisan tanah di Heraklion.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Greece berikutan kesan ribut kuat tersebut? A: Pihak berkuasa menggerakkan jentera berat untuk memastikan laluan utama kekal terbuka, membuka pusat perlindungan sementara untuk gelandangan, dan mengadakan mesyuarat kecemasan yang dipimpin oleh Menteri Krisis Iklim dan Perlindungan Awam.
- Q: Apakah amaran yang diberikan oleh pegawai berkaitan dengan keadaan ribut di Greece? A: Pegawai memberi amaran bahawa keadaan semakin meruncing dengan cepat dan menggesa penduduk untuk mengehadkan pergerakan serta mematuhi arahan keselamatan rasmi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

