Skip to main content

Malaysia

Anwar, Min Aung Hlaing adakan pertemuan empat mata, mesyuarat delegasi

Perdana Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Min Aung Hlaing di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Bernama
Perdana Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Min Aung Hlaing di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Bernama

Advertisement

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing di Kompleks Perdana Putra, di sini hari ini.

Perdana Menteri menyambut ketibaan Min Aung Hlaing di bangunan berkenaan pada 9 pagi, disusuli upacara sambutan rasmi.

Min Aung Hlaing dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia sejak semalam (Rabu), dengan isu penghantaran pulang warga Myanmar di Malaysia antara perkara utama yang dijangka dibincangkan bersama Perdana Menteri Malaysia.

Selepas pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala. 

Antara menteri Kabinet yang hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang bertindak sebagai menteri pengiring.

Semalam, Wisma Putra memaklumkan, lawatan itu juga memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk meneruskan libat urus secara langsung dengan Myanmar, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 pada Mei 2026 untuk meneruskan pendekatan konstruktif dan berprinsip dengan negara itu.

Menurut Wisma Putra, Myanmar merupakan sebahagian penting daripada ASEAN dan sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia akan terus menyokong usaha blok serantau itu ke arah keamanan dan perdamaian serta memastikan akses kepada bantuan kemanusiaan di Myanmar.

Malaysia juga akan bekerjasama rapat dengan semua negara anggota ASEAN bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement