KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta mematuhi garis panduan keselamatan dan amaran mengenai keadaan berbahaya dan licin yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan susulan kejadian ribut salji di beberapa kawasan di negara itu.
Menurut kenyataan Kedutaan Malaysia di AS, ia menasihati rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar mengambil langkah berjaga-jaga serta merancang aktiviti lebih awal berdasarkan garis panduan keselamatan tersebut yang berbeza mengikut kawasan.
"Setakat ini kedutaan tidak menerima sebarang permohonan bantuan daripada rakyat Malaysia susulan cuaca buruk di beberapa kawasan di AS.
"Kami juga tidak menerima laporan mengenai rakyat Malaysia terperangkap atau hilang disebabkan keadaan tersebut setakat ini," demikian menurut kenyataan itu yang dihantar kepada Bernama di sini.
Menurut kedutaan, berdasarkan maklumat yang diperoleh, rakyat Malaysia di AS mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kejadian ribut salji yang telah menjejaskan kawasan dari tengah selatan ke pantai timur AS, termasuk Texas, Arkansas, Louisiana, Mississippi, North Carolina, Virginia dan Virginia Barat termasuk District of Columbia.
Cuaca sejuk melampau telah menyebabkan suhu jatuh ke bawah paras beku di beberapa negeri.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan daripada pihak konsular boleh menghubungi talian berikut: Kedutaan Malaysia Bahagian Konsular: 1-202-375-4396 (pegawai bertugas) atau e-mel: [email protected] / [email protected] .my; Education Malaysia: 1-202-572-9715 atau e-mel: [email protected].
JPA: 1-202-572-9729 / 9723 atau e-mel: [email protected]; MARA: 1-202-450-4201 / 4091 atau e-mel: [email protected].
Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles: 1-626-766-0478 (pegawai bertugas) atau e-mel: [email protected]; Konsulat Jeneral Malaysia di New York: 1-917-319-0381 (pegawai bertugas) atau e-mel: [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021
Cuaca sejuk melampau telah menyebabkan suhu jatuh ke bawah paras beku di beberapa negeri di Amerika Syarikat. - Gambar REUTERS/Mike Segar
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ribut salji landa Colorado
Cuaca buruk dilaporkan bermula sejak Rabu malam, menyaksikan salji paling tebal turun di Denver, diramal berakhir pada Jumaat pagi.
Ribut salji, puting beliung kecil landa California Selatan
Cuaca buruk yang terjadi di California Selatan, di mana ribut salji dan puting beliung kecil terjadi di tengah-tengah musim bunga.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ribut salji melanda beberapa bahagian di AS
Jumlah salji dijangka terus menebal antara beberapa inci hingga beberapa kaki, bergantung kepada kawasan.
Sekurang-kurangnya 12 cedera ribut musim sejuk melanda AS
Sekurang-kurangnya 12 cedera akibat ribut musim sejuk di AS
Ribut salji badai California, 100,000 premis terputus bekalan elektrik
Ribut yang mula melanda negeri itu pada Khamis turut mencetuskan hujan batu dan salji lebat luar biasa yang diramal berlarutan sehingga hujung minggu.
17 maut akibat ribut salji di Jepun
Ribut salji dilaporkan melanda sebahagian besar kawasan di Jepun yang mengakibatkan 17 individu maut manakala lebih 90 orang cedera.
Angka kematian akibat ribut salji di AS meningkat kepada 62
Angka kematian akibat ribut salji yang melanda daerah Buffalo di New York meningkat kepada 28 pada Selasa.
Lebih 5,500 penerbangan dibatalkan susulan ribut salji di AS
Bandar Buffalo yang menyaksikan salji lebat pada hujung minggu mencatatkan korban paling ramai.
25 maut akibat ribut salji di New York
Ribut salji di kawasan Buffalo terburuk dalam tempoh 45 tahun itu terbentuk lewat pada Jumaat lalu.