awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina

Bernama
Bernama
07/02/2026
08:30 MYT
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Lebih 390,000 individu daripada hampir 111,000 keluarga di 525 kampung terjejas akibat ribut tropika Basyang. - Gambar/ X @mnlstandardph/ Jerlee Rivera
BUTUAN CITY (Filipina): Ribut tropika Basyang yang melemah menjadi kawasan tekanan rendah melanda wilayah Caraga di selatan Filipina, mengakibatkan tiga orang terkorban dan memaksa ribuan keluarga meninggalkan kediaman mereka, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Dalam laporan pada 4 pagi Sabtu, OCD-13 memaklumkan kematian direkodkan di Surigao del Sur dan Agusan del Norte.
Agensi itu berkata lebih 390,000 individu daripada hampir 111,000 keluarga di 525 kampung terjejas akibat ribut tropika Basyang, dengan lebih 20,830 penduduk kehilangan tempat tinggal, dan 6,109 orang ditempatkan sementara di 50 pusat pemindahan yang ditetapkan, manakala kira-kira 14,721 orang memilih untuk berada di luar pusat berkenaan.
Ratusan rumah dilaporkan rosak di seluruh wilayah itu, namun pihak berkuasa masih belum menentukan tahap kerosakan terhadap sektor pertanian dan infrastruktur.
Operasi bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (DSWD-13) dengan sokongan unit kerajaan tempatan bermula pada Khamis, dengan bantuan telah diagihkan kepada keluarga terjejas.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, DSWD-13 memaklumkan pihaknya meneruskan penghantaran bantuan makanan kepada keluarga yang terjejas akibat Basyang, sambil menambah usaha bantuan akan diteruskan sepanjang hujung minggu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#bencana alam
#Ribut Tropika
#Basyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan