awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roda Ferris trek berkembar tertinggi dunia akan dibina di Seoul

Amanz
Amanz
28/01/2024
07:40 MYT
Roda Ferris trek berkembar tertinggi dunia akan dibina di Seoul
Projek Seoul Twin Eye akan dibina di Sangam World Cup Park, Seoul bermula tahun depan. - Gambar/ Amanz
RODA Ferris dengan trek berkembar tertinggi di dunia akan beroperasi di Korea Selatan seawal 2028.
Projek Seoul Twin Eye akan dibina di Sangam World Cup Park, Seoul bermula tahun depan. Ia mempunyai satu trek di bahagian luar dan satu lagi di bahagian “roda” yang tidak mempunyai hab seperti rekaan roda Ferris biasa.
Pada asalnya projek ini dikenali sebagai Seoul Eye yang kami laporkan tahun lalu tetapi rekaan akhir dengan trek berkembar dipilih melibatkan kerjasama UNStudio, Arup, dan Heerim Architecture.
Ia mempunyai 64 pod yang boleh menempatkan sehingga 25 penumpang serentak. Sebanyak 1,400 penumpang boleh dibawa serentak.
Rekaan mengambil inspirasi daripada jam astronomi Honcheonsigye yang dibina pada kurun ke-17 ketika Dinasti Joseon.
Seoul Twin Eye akan mencapai ketinggian 220 meter apabila siap kelak yang turut menjadikannya yang kedua tertinggi di dunia selepas Ain Dubai setinggi 250 meter.
Namun begitu Ain Dubai sudah tidak beroperasi sejak Mac 2022 kerana pelbagai isu struktur yang masih tidak dapat diselesaikan. - Amanz
Topic Berkaitan
#Roda Ferris
#Seoul
#Korea Selatan
#tertinggi di dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan