awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol dan tikam teman wanita, transgender bakal jalani hukuman mati di AS

Bernama
Bernama
03/01/2023
04:14 MYT
Rogol dan tikam teman wanita, transgender bakal jalani hukuman mati di AS
McLaughlin telah merogol dan menikam bekas teman wanitanya sehingga mati dan membuang mayat wanita itu di St. Louis berhampiran Sungai Mississippi. - AP
NEW YORK: Seorang wanita transgender bakal menjadi transgender pertama yang akan menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali dia diberikan pengampunan.
Amber McLaughlin, 49, akan menjalani hukuman mati dengan suntikan maut, di Missouri pada Selasa, lapor Agensi Anadolu memetik Associated Press.
Pada 2003, dia yang dulunya dikenali sebagai Scott McLaughlin telah merogol dan menikam bekas teman wanitanya sehingga mati dan membuang mayat wanita itu di St. Louis berhampiran Sungai Mississippi.
Peguamnya Larry Komp telah mengemukakan petisyen kepada Gabenor Missouri Mike Parson untuk mendapatkan pengampunan.
McLaughlin yang menjaid transgender ketika berada dalam penjara, dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang traumatik serta mempunyai masalah kesihatan mental dan pernah cuba membunuh diri beberapa kali, menurut petisyen pengampunan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#transgender
#hukuman mati
#Amber McLaughlin
#tikam teman wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan