awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasport dan MyKad baharu enam bulan lagi, ciri keselamatan dipertingkat
AS akan jual minyak Venezuela 'bagi tempoh tidak pasti' - Setiausaha Tenaga
Bioeconomy Corporation sumbang RM39.9 bilion kepada KDNK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rompakan wang tunai di lebuh raya Itali

Bernama
Bernama
05/01/2026
21:30 MYT
Rompakan wang tunai di lebuh raya Itali
Penyerang tidak dikenali melarikan kira-kira EUR400,000 (AS$468,000), dalam satu rompakan berani yang menyasarkan kenderaan yang membawa wang tunai di lebuh raya Itali pada Isnin.
ROM: Penyerang tidak dikenali melarikan kira-kira EUR400,000 (AS$468,000), dalam satu rompakan berani yang menyasarkan kenderaan yang membawa wang tunai di lebuh raya Itali pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pihak berkuasa berkata, pencuri menghentikan aliran trafik dengan menyekat jalan menggunakan beberapa kenderaan sebelum melancarkan serangan pantas ke atas van berkenaan.
Mereka turut menggunakan bom asap, menabur paku bagi memecahkan tayar kenderaan lain, serta melepaskan tembakan ke arah kenderaan perisai itu.
Ketika pemandu dan pengawal masih berada di dalam kenderaan, penyerang menggunakan bahan letupan untuk membuka van dan peti simpanannya, menurut agensi berita Itali ANSA. Mereka kemudian melarikan diri bersama wang tunai berkenaan.
Rompakan itu berlaku pada awal pagi di sebuah lebuh raya berhampiran Ortona, di wilayah Abruzzo, tengah Itali.
Siasatan awal mendapati tiada kecederaan serius dilaporkan, namun dua individu menerima rawatan di lokasi kejadian akibat terhidu asap.
Bahagian lebuh raya yang terjejas ditutup sementara, menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Polis melancarkan operasi memburu secara besar-besaran, namun bilangan suspek yang terlibat masih belum dikenal pasti.
Mereka dipercayai melarikan diri menggunakan kenderaan berkuasa tinggi, menurut ANSA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Itali
#rompakan wang tunai
#lebuh raya Itali
#bom asap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan