Skip to main content

Dunia

Arab Saudi teruskan usaha hapus ancaman peluru berpandu Houthi di Yaman

Pejuang kerajaan Yaman disokong Arab Saudi menaiki sebuah kenderaan ketika operasi yang menurut pasukan kerajaan merupakan kemaraan terhadap kumpulan Houthi berhampiran Dhubab di wilayah Taiz, Yaman. - Foto REUTERS
Pejuang kerajaan Yaman disokong Arab Saudi menaiki sebuah kenderaan ketika operasi yang menurut pasukan kerajaan merupakan kemaraan terhadap kumpulan Houthi berhampiran Dhubab di wilayah Taiz, Yaman. - Foto REUTERS

Advertisement

RIYADH: Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi di Yaman memaklumkan bahawa pihaknya terus menjalankan operasi bagi “menghapuskan” ancaman peluru berpandu balistik dan peluru berpandu darat ke darat yang dikaitkan dengan kumpulan Houthi.

Menurut laporan Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA), gabungan itu berkata operasi berkenaan turut menyasarkan pemusnahan sumber pelancaran peluru berpandu yang digunakan oleh kumpulan terbabit.

Gabungan itu menjelaskan bahawa ancaman peluru berpandu Houthi berpunca daripada beberapa kawasan yang berada di bawah kawalan kumpulan tersebut, termasuk ibu negara Yaman, Sanaa, serta wilayah Saada dan Amran.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan operasi terbaru yang sedang dijalankan atau jumlah sasaran yang telah dimusnahkan.

Konflik di Yaman yang berlarutan sejak 2014 telah menyaksikan pertempuran antara kumpulan Houthi dan kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa, dengan gabungan pimpinan Arab Saudi menyokong pasukan kerajaan.

Dalam tempoh konflik itu, Houthi beberapa kali melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan infrastruktur serta kawasan strategik di Yaman dan negara jiran.

Gabungan Arab Saudi menegaskan usaha mengekang ancaman peluru berpandu itu akan diteruskan bagi memastikan keselamatan serantau dan menghalang serangan lanjut daripada kumpulan berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement