Royal Selangor melancarkan premis baharunya di kompleks beli-belah mewah Emporium Melbourne pada malam Khamis.
Berucap pada pelancaran itu, Pengarah Eksekutif Royal Selangor Chen Tien Yue berkata Australia, terutama Melbourne, merupakan tempat istimewa bagi syarikat itu.
"Melbourne mempunyai kepelbagaian budaya yang mengalu-alukan kedatangan syarikat seperti kami, dan kepelbagaian budaya ini dicerminkan oleh produk-produk kami di sini.
"Koleksi kami berinspirasikan kebudayaan Asia dan apa yang ditawarkan di outlet kami di sini hampir menyamai produk yang anda boleh temui di Hong Kong, Shanghai dan Singapura, berbanding yang ditawarkan di kedai-kedai kami misalnya di Harrods, London," katanya.
Chen berkata kira-kira setengah juta rakyat Australia melawat Malaysia setiap tahun dan kebanyakan mereka mengunjungi ibu pejabat syarikat untuk melihat dari dekat bagaimana produk piuter direka dan dihasilkan oleh lebih 250 tenaga kerja.
"Sebab terakhir mengapa Australia istimewa bagi kami sebagai satu jenama ialah jika tanpa pembantu jurujual di Perth 30 tahun lepas, Royal Selangor hari ini mungkin masih dikenali sebagai Selangor Pewter.
"Ini semua berlaku apabila Sultan Selangor pada masa itu melawat Perth pada 1979, dan bersiar-siar di kompleks beli-belah bersama rombongan baginda apabila seorang pembantu jurujual mendekati baginda dan bertanya baginda dari mana.
"Baginda hanya menjawab 'Selangor' dan rakyat tempatan di situ kebingungan, namun pembantu jurujual itu berkata 'Kami tahu Selangor Pewter'.
"Baginda berasa gembira kerana jenama piuter ini menyebabkan negerinya terkenal di negara ini, justeru baginda menganugerahkan waran diraja - Royal Pewters kepada Sultan Selangor.
"Pada 1992 baginda menukar nama kami daripada Selangor Pewter kepada jenama hari ini Royal Pewter," katanya.
Bernama
Sat Oct 18 2014
Royal Selangor melancarkan premis baharunya di kompleks beli-belah mewah Emporium Melbourne pada malam Khamis. - Foto Emporium Melbourne
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar ekspo industri pertahanan Australia
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan memukul gendang serta melaungkan "free Palestine" di Melbourne.
Letupan bahan kimia, penduduk diminta berlindung daripada asap toksik
Pihak berkuasa tempatan bergegas ke sebuah kilang di Derrimut, barat Melbourne selepas letupan yang berpunca daripada bahan kimia mencetuskan kebakaran pada Rabu, lapor Xinhua.
Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024
Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan itu mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan di Sungai Yarra.
MH370: Malaysia sedia buka semula kes sekiranya ada bukti baharu - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu akan dilaksanakan sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.
Sidang kemuncak khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, meraikan 50 tahun hubungan dialog
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara dan Australia, pemimpin perniagaan dan komuniti.
Kawalan keselamatan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia diperketat
Sidang khas itu akan dihoskan PM Australia Anthony Albanese ketika negara itu meraikan ulang tahun ke-50 sebagai rakan luar pertama ASEAN.
Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
Skuasy: Malaysia ke separuh akhir Berpasukan Remaja Wanita Dunia
Aira yang baru-baru ini dinobatkan naib juara perseorangan remaja dunia, tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata pertama negara.
Gusti profesional: Latihan singkat pada Ramadan tidak halang Emman cemerlang di NJPW
Beliau menewaskan Jarvis dengan gerakan istimewanya, KL Gold Running Elbow dalam perlawanan yang mengambil masa hanya 11 minit.
F1: Kontrak GP Australia di Melbourne dipanjangkan hingga 2035
Grand Prix Australia akan kekal di Merbourne sehingga 2035 selepas Formula 1 (F1) bersetuju untuk memanjangkan kontrak di litar berkenaan yang sepatutnya tamat pada 2025.