Skip to main content

Dunia

Rumah pemain tenis Ukraine musnah dalam serangan peluru berpandu Rusia

An apartment building damaged during a Russian drone strike, amid Russia's attack on Ukraine, in Odesa, Ukraine, September 12, 2026. REUTERS/Nina Liashonok
Sebuah bangunan apartmen yang rosak akibat serangan dron Rusia, ketika konflik antara Rusia dan Ukraine berterusan, kelihatan di Odesa, Ukraine. - Foto REUTERS
Advertisement

ODESA: Pemain tenis Ukraine, Dayana Yastremska, mendedahkan kediaman keluarganya di bandar Odesa musnah akibat serangan udara Rusia yang melanda wilayah pelabuhan di Laut Hitam itu.

Yastremska, 26, berkongsi gambar sebuah bangunan kediaman yang terbakar di media sosial sambil mendakwa ia terkena serangan terus peluru berpandu kruis Kalibr.

Menurutnya, satu-satunya barangan yang masih dapat dikenal pasti selepas serangan itu ialah sehelai tuala kejohanan Roland Garros yang ditemui tergantung pada runtuhan bangunan terbabit.

Ketua wilayah Odesa, Oleh Kiper, berkata serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Odesa serta bandar berdekatan, Chornomorsk, pada malam Jumaat mengakibatkan 37 orang cedera, termasuk seorang bayi, manakala dua lagi dilaporkan hilang.

Dalam satu hantaran di Instagram, Yastremska menyifatkan pemusnahan apartmen keluarganya sebagai sesuatu yang simbolik, sambil menyatakan bahawa rumah mereka musnah tetapi tuala daripada kejohanan tenis terkenal dunia itu masih terselamat.

Image
Odesa cruise missile

Pemain yang pernah mara ke separuh akhir Terbuka Australia 2024 itu turut menggesa badan pentadbir tenis dunia melihat kesan peperangan yang dihadapi rakyat Ukraine.

Yastremska kini berada di kedudukan ke-113 dunia dalam ranking perseorangan wanita.

Ini bukan kali pertama kediaman atlet Ukraine terjejas akibat konflik yang berlarutan sejak pencerobohan berskala besar Rusia ke atas Ukraine pada 2022.

Tahun lalu, pemain bola sepak antarabangsa Ukraine, Heorhiy Sudakov, turut melaporkan apartmennya di Kyiv mengalami kerosakan teruk akibat serangan dron Rusia.

Konflik yang berpanjangan itu terus memberi kesan kepada kehidupan rakyat awam di Ukraine, termasuk golongan atlet yang terpaksa berdepan kehilangan tempat tinggal serta kerosakan harta benda akibat serangan berterusan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement