Rundingan hari terakhir nuklear enam negara dengan Iran menemukan Ketua Perunding Iran, Saeed Jalili dan Ketua Polisi Asing, Catherine Ashton.
Namun, rundingan kali ini dijangka tidak membuahkan hasil positif.
Diplomat barat memaklumkan, Iran tidak memberi bayangan, untuk menghentikan proses pengayaan uraniumnya, yang dipercayai fasa penting, untuk menghasilkan senjata nuklear.
Sehingga kini, Iran didakwa tidak menyatakan pendirian mereka berhubung tawaran yang telah dikemukakan negara kuasa nuklear, untuk mengurangkan sekatan terhadap Tehran.
Ia menyebabkan timbul keraguan di kalangan negara nuklear lain, berhubung ketelusan Iran, terhadap rundingan kali ini.
Rundingan hari pertama berakhir dengan kebuntuan, apabila Iran mempertahankan hak negara itu melakukan proses pengayaan uranium.
Februari lalu, rundingan di Kazakhstan juga berakhir tanpa sebarang keputusan konkrit.
Iran enggan mematuhi desakan supaya ia menghentikan pengeluaran uranium dan pengayaan uranium ke tahap 20 peratus, yang dipercayai fasa akhir menuju kapasiti menghasilkan senjata nuklear.
Sekiranya Iran memenuhi permintaan itu, kuasa dunia akan mengurangkan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Tehran.
Astro Awani
Sun Apr 07 2013
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'The Chini Saga' libatkan enam negara jiran
Kisah mitos naga Tasik Chini bakal dibawa ke layar perak dengan kerjasama enam negara Asia.
Rundingan nuklear Iran tidak berhasil
Rundingan hari terakhir nuklear enam negara dengan Iran dijangka tidak membuahkan hasil positif.