awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia jadi negara paling banyak dikenakan sekatan

Bernama
Bernama
08/03/2022
04:30 MYT
Rusia jadi negara paling banyak dikenakan sekatan
Putin pada Sabtu berkata sekatan Barat terhadap Rusia umpama 'pengisytiharan perang'. - Gambar fail/Unsplash
WASHINGTON: Rusia menjadi negara di dunia yang paling banyak menerima sekatan susulan konflik dengan Ukraine, menurut data terkini.
Moscow dikenakan 2,778 sekatan baharu dalam masa kurang dua minggu sejak Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine, menjadikan jumlah keseluruhan 5,532, memetik data Castellum.ai.
Sebagai perbandingan, Iran berdepan 3,616 sekatan, diikuti Syria dan Korea Utara, masing-masing 2,608 dan 2,077 sekatan, lapor agensi Anadolu.
Sementara itu Venezuela dengan 651 sekatan, Myanmar (510) dan Cuba (208).
Negara yang paling banyak mengenakan sekatan terhadap Moscow ialah Switzerland iaitu 568 sekatan.
Diikuti Kesatuan Eropah dengan 518 sekatan, Perancis (512), Kanada (454), Australia (413) dan Amerika Syarikat (243).
Sekatan itu termasuk melibatkan 2,427 individu, 343 organisasi, enam kapal dan dua pesawat.
Putin pada Sabtu berkata sekatan Barat terhadap Rusia umpama 'pengisytiharan perang'.
Konflik Rusia-Ukraine yang bermula pada 24 Februari, telah mengundang kecaman antarabangsa selain mengakibatkan Moscow dikenakan sekatan kewangan. Barat juga telah mengenakan sekatan eksport ke atas teknologi utama yang kini dilarang dihantar ke Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#sekatan
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan