Skip to main content

Malaysia

Saravanan tiba di mahkamah, penyokong pakai serba hitam

Kuala Lumpur , 28 Ogos 2026.Bekas Menteri Sumber Manusia , Datuk Seri M Saravanan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Saravanan tiba kira-kira pukul 8.25 pagi, diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Astro AWANI/Shahir Omar
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pagi ini bagi berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen.

Ahli Parlimen Tapah itu tiba kira-kira pukul 8.25 pagi, diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sekumpulan penyokong yang berkumpul sejak pukul 8 pagi lagi dengan berpakaian serba hitam dilihat melaungkan melaungkan "Hidup Datuk Seri" sebagai tanda sokongan terhadap beliau.

Bagaimanapun situasi di sekitar mahkamah masih tenang dan terkawal dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Timbalan Presiden MIC itu pada Khamis dijangka akan didakwa atas pertuduhan membabitkan pengambilan pekerja asing ketika pandemik COVID-19 pada 2022.

Pertuduhan itu akan dikemukakan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan perbuatan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan.

Tular sejak Khamis, satu poster yang mempelawa penyokong Ahli Parlimen Tapah itu hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan tema pakaian berona hitam.

 

 

Must Watch Video

Advertisement