awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia tuntut status neutral Ukraine, penolakan keahlian NATO untuk perjanjian damai

Bernama
Bernama
17/03/2025
04:22 MYT
Rusia tuntut status neutral Ukraine, penolakan keahlian NATO untuk perjanjian damai
Grushko berkata, Rusia akan berkeras supaya jaminan keselamatan konkrit menjadi sebahagian daripada perjanjian berkenaan. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Rusia akan berkeras untuk menyediakan jaminan keselamatan bagi memeterai perjanjian damai, termasuk status neutral Ukraine dan penolakan penyertaannya dalam NATO, kata Timbalan Menteri Luar Rusia Alexander Grushko.
"Jika kita bercakap tentang penyelesaian damai konflik Ukraine, maka ia pasti akan mempunyai aspek luaran," lapor agensi berita TASS memetik kenyataan Grushko dalam temu bual bersama akhbar harian Rusia, Izvestia.
"Kami akan berkeras supaya jaminan keselamatan konkrit menjadi sebahagian daripada perjanjian ini.
"Ini kerana hanya melalui pembentukan jaminan ini, keamanan berkekalan di Ukraine dan keselamatan secara umum di rantau ini dapat dicapai.
"Status neutral Ukraine dan penolakan negara anggota NATO untuk menerima Ukraine sebagai ahli pakatan mesti menjadi sebahagian daripada jaminan tersebut," jelasnya.
Pada 30 Sept 2022, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengumumkan bahawa Ukraine telah menghantar permohonan dipercepat untuk keahlian NATO.
Menurut laporan media antarabangsa, langkah itu diambil di tengah-tengah tindakan ketenteraan Rusia yang berterusan di Ukraine dan pengisytiharan penggabungan empat wilayah Ukraine oleh Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#gencatan senjata
#perjanjian damai
#NATO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan