awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, Ukraine saling bertukar 205 tawanan perang

Bernama
Bernama
06/05/2025
22:30 MYT
Rusia, Ukraine saling bertukar 205 tawanan perang
Bekas tawanan perang Ukraine tiba di satu lokasi yang tidak didedahkan. - Foto REUTERS
MOSCOW: Rusia dan Ukraine mengadakan pertukaran tawanan perang dengan setiap pihak menyerahkan seramai 205 orang tentera kepada pihak satu lagi, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata, hasil rundingan, seramai 205 tentera Rusia telah dibebaskan dan diserahkan dari wilayah yang dikuasai Ukraine pada 6 Mei.
"Sebagai balasan, 205 tawanan perang Ukraine juga telah diserahkan," menurut kenyataan itu.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), kementerian itu turut memuji usaha pengantaraan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudahkan pertukaran tawanan itu serta menzahirkan penghargaan atas sumbangan kemanusiaannya.
Kementerian itu turut memaklumkan, tentera Rusia yang telah dikembalikan sedang menjalani penilaian psikologi dan perubatan di Belarus sebelum dibawa pulang ke Rusia untuk rawatan dan pemulihan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#pertukaran tawanan perang
#penilaian psikologi
#pemulihan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami