awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan di penjara Ecuador ragut 24 nyawa

Bernama
Bernama
29/09/2021
04:57 MYT
Rusuhan di penjara Ecuador ragut 24 nyawa
Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan ramai banduan naik ke bumbung bangunan penjara dan kendengaran bunyi tembakan serta letupan. - AP
BOGOTA: Satu rusuhan berlaku di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador pada Selasa mengorbankan 24 banduan manakala 48 yang lain cedera.
Kejadian dikatakan berpunca akibat pergaduhan membabitkan geng di penjara Litoral Penitentiary, dengan lima banduan maut dipenggal, lapor agensi Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa penjara.
Pasukan polis dan tentera dihantar ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan ramai banduan naik ke bumbung bangunan penjara dan kendengaran bunyi tembakan serta letupan.
Media tempatan melaporkan rusuhan itu membabitkan geng 'Los Lobos' dan 'Tiguerones'.
Pada Julai, Presiden Ecuador mengisytiharkan darurat di penjara negara itu selepas berlaku pertempuran antara geng yang meragut 22 nyawa banduan dan puluhan lagi cedera.
Sebelum ini pada 24 Feb sekurang-kurangnya 80 banduan maut dalam rusuhan yang berlaku serentak di penjara di tiga bandar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjara
#Ecuador
#rusuhan di penjara
#banduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan