awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan ganas Capitol: 350 suspek masih diburu

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2023
01:15 MYT
Rusuhan ganas Capitol: 350 suspek masih diburu
Penyokong Trump bertindak ganas menyerbu Capitol ketika kejadian memalukan demokrasi AS pada 6 Januari 2021. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Seramai 950 suspek telah ditahan selepas dua tahun insiden pencerobohan ganas oleh penyokong bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjelang ulang tahun kedua kejadian itu hari ini.
Jabatan Kehakiman pada Rabu memaklumkan 484 daripada individu tersebut mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan manakala kira-kira 350 lagi suspek masih diburu pihak berkuasa.
"Seramai 351 daripadanya sudah dijatuhi hukuman dan hampir 200 dihukum penjara sehingga 10 tahun. Dua pemimpin militia berhaluan kanan, Oath Keepers juga disabit bersalah atas konspirasi menghasut pada November lalu di bawah kes berprofil tinggi.
"Proses siasatan selama 24 bulan masih belum selesai. Kami tetap komited untuk memastikan individu bertanggungjawab yang menggugat demokrasi negara ini pada 6 Januari 2021 akan diheret ke muka pengadilan," tegas Peguam Negara, Merrick Garland.
Difahamkan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang berusaha mengenal pasti suspek yang memasang dua bom paip di pejabat parti politik berhampiran Kongres malah ganjaran untuk mendapatkan maklumat turut dinaikkan daripada AS$100,000 (RM438,800) kepada AS$500,000 (RM2.2 juta).
Ketika insiden rusuhan itu, ratusan penyokong Trump menyerbu Capitol setelah termakan hasutan bilionair hartanah tersebut yang menggesa kumpulan tersebut supaya menghentikan sesi di Kongres yang mahu meratifikasi Joe Biden sebagai penggantinya.
Mereka turut menyerang anggota polis dan menyebabkan kemusnahan harta benda serta melarikan komputer riba milik bekas Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi.
Difahamkan, jumlah 350 suspek yang diburu pihak berkuasa itu tidak termasuk siasatan Jabatan Kehakiman terhadap Trump dan pembantu kanannya yang didakwa menggalakkan atau mencetuskan keganasan.
Siasatan itu kini diserahkan kepada peguam khas bebas politik dan tidak jelas tempoh proses tersebut akan selesai. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Capitol
#Donald Trump
#keganasan
#rusuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan