SINGAPURA: Ahli mikrobiologi terkenal Belanda, Profesor Gertjan Medema dianugerahkan Lee Kuan Yew Water Prize 2024 atas impak global hasil kajiannya dalam bidang epidemiologi berasaskan air sisa (WBE) yang membolehkan penggunaan pemantauan air sisa semasa pandemik COVID-19 untuk melawan penularan virus itu.
Medema, 62, penerima ke-10 anugerah yang diperkenalkan sejak 2008, menerima sebutir pingat emas daripada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam pada majlis penyampaian anugerah itu malam tadi, di sini.
Beliau juga menerima S$300,000 dan sijil anugerah.
Pakar mikrobiologi utama di Institut Penyelidikan Air KWR di Belanda itu berkata anugerah ini adalah satu kemuliaan kepada setiap orang dalam bidang sains.
"Saya berasa rendah diri dengan anugerah ini. Saya dedikasikan anugerah ini kepada semua yang meneroka, menyokong dan menggunakan pemantauan air sisa sebagai alat kesihatan awam, dan menjadikannya kejayaan seperti hari ini," katanya sambil menambah bahawa wang hadiah akan digunakan untuk penyelidikan lanjut.
Penyelidikan Medema berkisar kepada memahami penularan patogen bawaan air dan ketahanan antimikrob melalui sistem air, serta termasuk membangunkan kaedah untuk mengesan dan menjejaki patogen seperti virus, bakteria, dan parasit dalam air.
Beliau memulakan penyelidikan mengenai pemantauan kumbahan SARS-CoV-2 semasa pandemik COVID-19, yang menginspirasikan program serupa di seluruh dunia.
Kini terdapat lebih daripada 4,000 lokasi di 72 negara, termasuk Singapura yang telah mengamalkan pemantauan air sisa SARS-CoV-2, dan Medema sendiri terlibat secara langsung dalam kira-kira 30 peratus daripada program ini.
Pakar kualiti dan kesihatan air ini juga telah menasihati Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai garis panduan air minuman mikrobiologi dan QMRA sejak 1991, serta SARS, Air, Sanitasi Kebersihan (WASH) dan pemantauan air sisa.
Medema juga menasihati Suruhanjaya Eropah mengenai Arahan Air Minum EU dan garis panduan penggunaan semula air.
Anugerah Lee Kuan Yew Water Prize yang ditaja oleh Yayasan Temasek, adalah salah satu sorotan utama Minggu Air Antarabangsa Singapura, platform dwitahunan untuk pemimpin dan pakar air global berkongsi dan mencipta bersama penyelesaian inovatif untuk menangani cabaran air bandar.
Dinamakan sempena Perdana Menteri pengasas Singapura, anugerah antarabangsa berprestij ini menghormati sumbangan cemerlang oleh individu atau organisasi dalam menyelesaikan cabaran air dunia dengan membangunkan atau menerapkan teknologi, dasar atau program inovatif yang memberi manfaat kepada manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
Prof Gertjan Medema menerima anugerah Lee Kuan Yew Water Prize 2024 daripada Tharman Shanmugaratnam. - Facebook Singapore International Water Week
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Saintis Belanda terima anugerah Lee Kuan Yew Water Prize 2024
Medema, 62, penerima ke-10 anugerah itu, menerima sebutir pingat emas daripada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam pada majlis malam tadi.