Saksi-saksi kes rogol dan bunuh seorang pelajar perubatan di india akan mula memberi keterangan di mahkamah di new delhi mulai selasa ini.

Ia ekoran pengakuan tidak bersalah lima suspek pada perbicaraan yang berlangsung sebelumnya.

Pada sabtu lalu lima suspek yang dituduh merogol dan membunuh mangsa pada 16 Disember membuat pengakuan tidak bersalah dan mahu dibicarakan.

Kesemua mereka didakwa dengan 13 tuduhan termasuk merogol dan membunuh.

Jika sabit kesalahan, suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an hingga 30-an itu bakal berdepan hukuman mati manakala suspek keenam yang berumur 17 tahun pula akan dibicarakan di menerusi mahkamah juvana.

Suspek bawah umur itu bakal berdepan hukuman penjara tiga tahun sekiranya didapati bersalah.

Dalam kejadian 16 disember lalu, mangsa bersama teman lelakinya diserang suspek terbabit ketika sedang menaiki bas untuk pulang ke rumah selepas menonton wayang.

Menurut laporan polis, teman lelaki mangsa cedera parah kerana dipukul dengan batang besi.

Manakala mangsa wanita mengalami kecederaan dalaman yang teruk selepas dirogol dan dipukul dengan senjata yang sama.

Mangsa kemudian dicampak di tepi jalan dalam keadaan bogel.

Dua minggu selepas itu, mangsa menemui ajal ketika dirawat di sebuah hospital di Singapura.