awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah satu lantai mozek terbesar dunia ada di Palestin

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2021
04:18 MYT
Salah satu lantai mozek terbesar dunia ada di Palestin
Gambar yang dirakamkan pada Khamis menunjukkan salah satu lantai mozek terbesar di dunia yang terdapat di Istana Hisham, Jericho, Tebing Barat, Palestin. - Foto AFP
JERICHO: Pihak berkuasa Palestin pada Khamis mendedahkan buat pertama kalinya salah satu lantai mozek yang terbesar di dunia di bandar Tebing Barat, Jericho selepas bertahun-tahun kerja-kerja pemuliharaan dilakukan.
Lantai mozek itu kelihatan mirip seperti sebuah permaidani dan terbentang seluas 836 meter persegi di Istana Hisham yang terletak di sebuah gurun di bandar tersebut.
Istana itu ialah peninggalan empayar Umaiyyah yang mula memerintah dari abad kelapan Masihi dan kemudian menjadi pemerintah Sepanyol.
Mozek itu disusun rapi dan terdapat imej seekor singa sedang menyerang seekor rusa bagi menggambarkan satu peperangan dan dua ekor haiwan antelop yang memberikan gambaran tentang keamanan.
Terdapat imej bunga-bungaan dan reka bentuk geometrik pada lantai mozek itu.
Istana Hisham sebelum ini tidak dipulihara selama berabad-abad lamanya sehingga ia ditemui pada abad ke-19 Masihi dan lantai mozek itu pula ditemui setelah ia terselindung di sebalik debu-debu.
Bagaimanapun, ia masih diabaikan oleh semua pihak sehinggalah lima tahun lalu apabila tapak istana tersebut ditutup kepada pelawat dan usaha-usaha pemuliharaan dilakukan menggunakan dana sumbangan Jepun sebanyak AS$12 juta (RM49.69 juta).
"Mozek ini mengandungi lebih lima juta keping dari Palestin yang mempunyai warna semula jadi," kata Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin, Saleh Tawafsha kepada AFP.
Beliau berharap lantai itu akan menarik kehadiran pelancong datang ke Jericho yang terletak dalam jajahan Israel.
Istana Hisham itu terletak dekat Laut Mati dan ia meliputi kawasan seluas 60 hektar.
Empayar Umaiyyah memerintah dari tahun 660 hingga 750 Masihi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#lantai mozek
#Istana Hisham
#empayar Umaiyyah
#Laut Mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan