TOKYO: Salji lebat dan angin kencang pada Rabu terus menjejaskan banyak bahagian di Jepun, dengan keadaan ribut mengganggu beberapa sistem pengangkutan.
Memandangkan sebahagian besar negara itu kini berhadapan musim paling sejuk dalam tempoh sedekad, pengendali kereta api di laluan utama mengurangkan kekerapan perkhidmatan atau menggantung semua operasi mereka, lapor Xinhua.
East Japan Railway Company berkata syarikat itu akan menghentikan operasi keretapi Shinkansen antara beberapa stesen di laluan Yamagata sepanjang Rabu dan menggantung operasi di sebahagian daripada perkhidmatan laluan Tohoku.
Kedua-dua laluan keretapi Shinkansen iaitu Tokaido dan Sanyo pula mengalami kelewatan kerana kereta api laju itu akan bergerak lebih perlahan di beberapa bahagian disebabkan keadaan berfros.
Beberapa laluan lebuh raya dari Tohoku ke wilayah Kyushu juga ditutup dengan kemungkinan besar lebih banyak lagi laluan akan ditutup kerana diliputi salji.
Jalan utama lain ditutup bagi membersihkan salji, menurut kementerian pengangkutan.
Pemandu digesa mengelak daripada membuat perjalanan yang tidak penting dan sentiasa memantau perubahan cuaca dan keadaan trafik.
Di kawasan yang sudah diliputi salji dan ais, pemandu dinasihatkan untuk menggunakan tayar musim sejuk dan rantai salji jika perlu.
Japan Airlines dan All Nippon Airways juga berkata syarikat penerbangan itu merancang untuk membatalkan ratusan penerbangan pada Rabu dan meminta penumpang menyemak dan mengesahkan penerbangan mereka seawal mungkin.
Agensi Meteorologi Jepun berkata beberapa bahagian di negara itu menyaksikan penurunan suhu ke paras paling rendah dilihat dalam tempoh sedekad.
Cuaca sejuk dijangka berterusan hingga Khamis, kata agensi cuaca itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Sebuah keretapi terperangkap di stesen Nishioji di Kyoto, Jepun pada Rabu. - Foto Kyodo/via REUTERS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Salji lebat, angin kuat ganggu pengangkutan di Jepun
Salji lebat dan angin kencang pada Rabu terus menjejaskan banyak bahagian di Jepun, dengan keadaan ribut mengganggu beberapa sistem pengangkutan.