awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sami Louis Vuitton' akhirnya dapat hukuman dipenjara 114 tahun!

Agensi
Agensi
09/08/2018
15:20 MYT
'Sami Louis Vuitton' akhirnya dapat hukuman dipenjara 114 tahun!
Antara imej dari YouTube yang menunjukkan Wirapol menjalani kehidupan mewah, seperti menaiki jet peribadi. - YouTube @LinkTV
Seorang bekas sami Buddha Thailand yang mencetuskan kemarahan umum kerana menunjukkan gaya hidup mewah kepada umum telah dijatuhkan hukuman penjara 114 tahun oleh mahkamah pada Khamis, selepas mendapati dia bersalah dalam sindiket penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah digital.
Reuters melaporkan, kegiatan Wirapol Sukphol pernah didedahkan pada tahun 2013, apabila dia dilihat dalam YouTube berada dalam sebuah jet peribadi dengan beg Louis Vuitton, memegang wang tunai yang banyak dan mengenakan cermin mata hitam berjenama mahal.
Dia telah terbang ke Amerika Syarikat dan kemudian kembali ke Thailand pada Julai 2017 selepas diekstradisi.
Wirapol, atau dikenali dengan nama Luang Pu Nenkham sewaktu di kuil, telah dibuang status sami pada 2013 selepas video itu ditularkan.
Dia dibuang dari status tersebut kerana didakwa melakukan kesalahan termasuk melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.
Mahkamah jenayah di Bangkpok telah menjatuhkan hukuman 114 tahun penjara kepada Wirapol, namun dia hanya menjalani hukuman 20 tahun kerana undang-undang Thailand menetapkannya sebagai tempoh maksimum bagi kesalahan sama yang dilakukan berulang.
“Dia terlibat dalam sindiket penipuan kerana mendakwa dirinya mempunyai kuasa istimewa yang berupaya menarik perhatian orang (pelaris) dan dia juga telah membeli banyak kereta mewah yang dilihat sebagai kesalahan pengubahan wang haram,” ujar pegawai dari Jabatan Guaman Khas.
Bagaimanapun, Wirapol dan peguamnya tidak dapat dihubungi untuk memberi ulasan.
Wirapol juga bakal berdepan dengan pendakwaan mencabul dan melarikan kanak-kanak pada Oktober nanti.
Skandal Wirapoltelah membuka pekung tentang penglibatan mereka yang menyalahgunakan identiti sebagai sami untuk melakukan pelbagai jenayah, sekali gus mencetus reformasi insitusi agama.
Topic Berkaitan
#jenayah
#mahkamah
#pengubahan wang haram
#rogol
#sami buddha
#sami tipu
#Thailand
#wirapol sukphol
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan