Seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan rambang sewaktu sekumpulan orang ramai sedang berkumpul untuk makan malam, pada Ahad di Baltimore, Amerika Syarikat.

Kejadian menyebabkan seorang lelaki maut di tempat kejadian manakala enam lagi mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak berkuasa berkata tembakan tersebut berlaku selepas pukul lima petang di sebuah blok di bahagian barat bandar tersebut.

Kata Pesuruhjaya Polis Baltimore, Michael Harrison pihaknya sehingga ini tidak mengeluarkan sebarang senarai nama mangsa kerana tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa.

"Seorang lelaki kulit hitam telah menghampiri orang ramai dan mula menembak secara rambang namun buat masa ini kita masih tidak tahu apakah motif dia berbuat demikian," kata Harrison.

Pihak polis meminta agar orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil dan memberi keterangan kepada pihak polis.