awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Saya tahanan perang” - Detik tegang perbicaraan Maduro di mahkamah AS

Agensi
Agensi
05/01/2026
23:20 MYT
“Saya tahanan perang” - Detik tegang perbicaraan Maduro di mahkamah AS
Pasangan Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkaitan dadah dan senjata. - AP
NEW YORK: Bunyi rantai besi bergema sejurus sebelum Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, melangkah masuk ke sebuah bilik mahkamah di New York buat pertama kali.
Di hadapan barisan wartawan dan orang awam, Maduro mendakwa dirinya baru sahaja “diculik.”
Beberapa minit kemudian, Hakim Alvin Hellerstein meminta Maduro mengesahkan identitinya sebelum prosiding bermula.
"Saya Nicolas Maduro. Saya Presiden Republik Venezuela dan saya berada di sini sebagai tahanan sejak 3 Januari," katanya dalam bahasa Sepanyol yang kemudian diterjemahkan oleh jurubahasa.
"Saya ditangkap di kediaman saya di Caracas, Venezuela."
Hakim berusia 92 tahun itu segera menegaskan bahawa akan ada “masa dan tempat” untuk membincangkan perkara tersebut.
Dalam sesi pertuduhan selama 40 minit yang penuh dramatik pada Isnin, Maduro dan isterinya, Cilia Flores, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkaitan dadah dan senjata.
"Saya tidak bersalah. Saya seorang lelaki yang bermaruah," kata Maduro, manakala Flores menambah bahawa beliau “benar-benar tidak bersalah.”
Pasangan itu ditahan oleh pasukan AS dalam operasi mengejut di Caracas pada Sabtu, yang turut menyasarkan pangkalan tentera Venezuela.
Mereka kini ditempatkan di penjara New York.
Maduro dan Flores hadir dengan pakaian penjara berwarna biru dan oren, lengkap dengan fon kepala untuk mendengar terjemahan.
Maduro kelihatan tenang, mencatat nota di atas pad kuning yang diminta untuk disimpan selepas prosiding.
Ketika memasuki bilik mahkamah – lokasi sama perbicaraan Sean “Diddy” Combs beberapa bulan lalu – Maduro sempat menoleh dan mengangguk kepada beberapa individu di galeri awam.
Beliau kekal tenang sepanjang prosiding, termasuk ketika seorang lelaki dari galeri awam menjerit bahawa Maduro akan “membayar” atas jenayahnya.
Maduro membalas dengan lantang: "Saya seorang presiden dan tahanan perang!"
Lelaki itu kemudian diiring keluar sambil menangis.
Perbicaraan turut menyentuh emosi pihak lain.
Wartawan Venezuela, Maibort Petit, mendakwa serangan peluru berpandu AS semasa penahanan Maduro merosakkan kediaman keluarganya berhampiran Fuerte Tiuna, Caracas.
Flores pula kelihatan lebih pendiam, dengan balutan di sekitar mata dan dahi akibat kecederaan yang didakwa berlaku ketika penahanan.
Peguamnya memohon rawatan perubatan segera termasuk imbasan X-ray untuk tulang rusuk yang mungkin retak.
Maduro dan isterinya tidak memohon ikat jamin, bermakna mereka kekal dalam tahanan persekutuan.
AS menuduh Maduro terlibat dalam konspirasi narco-terorisme, penyeludupan kokain, pemilikan senjata berat dan bahan letupan.
Beliau didakwa bersama isterinya, anak lelaki dan beberapa individu lain.
Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 17 Mac. - Agensi
Topic Berkaitan
#Nicolas Maduro
#tahanan perang
#Presiden Venezuela
#AS serang Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan