BOGOR:Presiden Indonesia, Joko Widodo menegaskan tidak akan melindungi jemaah menterinya yang terlibat dalam rasuah.
Tegas Jokowi, beliau sering kali mengingatkan mereka sejak mula lagi untuk tidak terlibat dalam kegiatan haram itu.
"Saya sudah mengingatkan jemaah menteri sejak dari mula lagi untuk tidak terlibat dalam rasuah. Saya juga menyatakan bahawa sebuah sistem perlu dibangunkan bagi mengelakkan berlakunya rasuah.
"Saya tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam rasuah dan saya percaya Suruhanjaya Penghapusan Rasuah (KPK) akan menjalankan tugas mereka dengan telus dan profesional.
"Pihak berkuasa akan secara konsisten membendung pencegah dan membanteras jenayah rasuah," katanya dalam satu sidang media pada Ahad.
Kenyataan tesebut menyusul selepas Menteri Hal Ehwal Sosial negara itu menyerah diri kepada penguatkuasa anti-rasuah bagi menghadapi lima tuduhan berkaitan rasuah berkaitan bantuan menangani penularan COVID-19.
Sebelum ini, Juliari Batubara dilaporkan tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Penghapusan Rasuah di Jakarta beberapa jam selepas digesa untuk menyerah diri oleh Pengerusi suruhanjaya itu, Firli Bahru.
Juliari dituduh menerima kira-kira 17 bilion rupiah bersamaan dengan RM4.9 juta ringgit daripada dua syarikat yang membekalkan bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.
Syarikat tersebut didakwa telah diminta oleh Juliari untuk memberi RM3 ringgit bagi setiap bungkusan makanan daripada peruntukan yang diberikan kerajaan.
Jika sabit kesalahan, Juliari boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Nursyazwani Saiful Sham
Sun Dec 06 2020
Tegas Jokowi, beliau sering kali mengingatkan jemaah menterinya sejak mula lagi untuk tidak terlibat dalam rasuah. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).
Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.