Skip to main content

Dunia

Scoot batal penerbangan KL-Singapura pada 9 Feb akibat masalah teknikal

From the industry-leading Airbus A320 family to the wide-body Boeing 787 Dreamliners, we constantly seek new and innovative ways to improve your travel experience with us. With better technologies on our planes, you can look forward to a more comfortable travel experience thanks to quieter engines and reduced turbulence.
Syarikat penerbangan itu mengesan masalah teknikal pada penerbangan TR497 yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Changi Singapura . - Gambar fail/Scoot Airlines

SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang rendah Scoot membatalkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura yang dijadualkan pada 9 Feb lepas berikutan masalah teknikal.

Syarikat penerbangan itu mengesan masalah teknikal pada penerbangan TR497 yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Changi Singapura sebelum waktu berlepas pada 10 malam, lapor Straits Times.

Advertisement

Syarikat penerbangan itu memaklumkan kepada akhbar berkenaan bahawa jurutera memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan masalah tersebut, sekali gus menyebabkan pembatalan penerbangan dan memberi jaminan bahawa penumpang yang terjejas disediakan penginapan, makanan serta pengangkutan darat.

“Penumpang yang terjejas ditempatkan dalam penerbangan alternatif, jika ada. Mereka yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan ditawarkan bayaran balik penuh,” menurut syarikat penerbangan itu.

Menurut data daripada laman sesawang penjejakan penerbangan FlightAware, pesawat yang digunakan dipercayai jenis Boeing 787-8, menurut laporan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video