awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebar berita palsu: Majlis Ulama Indonesia akan keluarkan fatwa

Agensi
Agensi
01/02/2017
10:28 MYT
Sebar berita palsu: Majlis Ulama Indonesia akan keluarkan fatwa
Fatwa itu perlu susulan meningkatnya penyebaran berita palsu di negara itu yang dikatakan menjadi pencetus ketegangan agama dan kaum di kalangan masyarakat. - REUTERS/Beawiharta/File Photo
Majlis Ulama Indonesia (MUI) bakal mengeluarkan fatwa berhubung hukum buat mereka yang menyebarkan berita palsu termasuk menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Pengerusi Majlis itu, Maaruf Amin berkata, fatwa itu perlu lantaran meningkatnya penyebaran berita palsu di negara itu yang dikatakan menjadi pencetus kepada ketegangan agama dan kaum di kalangan masyarakat.
“Fatwa akan dikeluarkan secepat mungkin berikutan situasi yang membimbangkan,” kata Maaruf.
“Diharapkan, sekurang-kurangnya (dengan adanya fatwa) umat Islam tidak akan terbabit dengan berita palsu.”
Sebarang faktwa yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia bagaimanapun tidak boleh dikuatkuasakan menerusi undang-undang.
Fatwa dijangka dikeluarkan sebelum 15 Februari, tarikh pilihan raya Gabenor Jakarta bakal berlangsung.
Persaingan pilihan raya itu menjadi hangat dengan dua calon berketurunan Cina dan Kristian, bersaing dengan dua calon beragama Islam.
Sebelum ini, salah seorang calon, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok menjadi perhatian selepas didakwa menghina Al-Quran sewaktu berkempen.
Basuki mendakwa calon saingannya menggunakan Al-Quran dalam kempen mereka.
Selain itu, Presiden Joko Widodo turut berulang kali menggesa rakyat negara itu agar tidak menyalahgunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu.
Majlis Ulama Indonesia yang dianggotai oleh ulama berhaluan konservatif dan sederhana sering mengeluarkan fatwa sebagai rujukan umat Islam.
Topic Berkaitan
#Facebook
#fatwa
#Internet
#maaruf amin
#Majlis Ulama Indonesia
#media sosial
#MUI
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan