Skip to main content

Malaysia

Kes pelaburan RM1.1 bilion Rafizi : SPRM, Peguam Negara perlu maklum tindakan terkini - BANGKIT

Khairul Azam berharap tindakan serta-merta oleh SPRM dan pejabat AG dalam hal itu kerana rakyat kian dibelenggu oleh pelbagai dakwaan dibuat Rafizi. - Gambar fail/Bernama
Khairul Azam berharap tindakan serta-merta oleh SPRM dan pejabat AG dalam hal itu kerana rakyat kian dibelenggu oleh pelbagai dakwaan dibuat Rafizi. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat Peguam Negara (AG) perlu memaklumkan kepada umum mengenai hasil siasatan dan kebarangkalian tindakan undang-undang dalam dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion ($350 juta) membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Wakil Sekretariat Bangkit Nasional (BANGKIT), Khairul Azam Abdul Hamid berkata, rakyat masih ternanti-nantikan perkembangan kes tersebut kerana ia melibatkan penggunaan dana awam yang cukup besar.

Tegasnya, semua pihak terutama rakyat biasa seharusnya mendapatkan keadilan untuk mengetahui kebenaran kes tersebut yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.

"Sudah hampir sembilan bulan siasatan ke atas kes tersebut dijalankan dan kami mendengar pelbagai dakwaan oleh pelbagai pihak tetapi sehingga hari ini, pihak berkuasa seperti SPRM dan pejabat AG belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai tindakan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Februari lalu, SPRM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Rafizi telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan.

Siasatan itu berpunca daripada dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan antara Kementerian Ekonomi semasa diterajui beliau, dengan syarikat ARM Limited UK (ARM) dalam perjanjian strategik industri semikonduktor.

Mengulas lanjut, Khairul Azam berharap tindakan serta-merta oleh SPRM dan pejabat AG dalam hal itu kerana rakyat kian dibelenggu oleh pelbagai dakwaan dibuat Rafizi.

Katanya, ia terutama membabitkan mafia korporat sedangkan isu yang membabitkan dirinya sendiri masih tidak diketahui statusnya.
 

Must Watch Video

Advertisement