awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Secret Service tingkatkan kawalan keselamatan Biden

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2020
07:51 MYT
Secret Service tingkatkan kawalan keselamatan Biden
Calon Demokrat Joe Biden bersama Kamala Harris di Wilmington, Delaware, Amerika Syarikat, November 5, 2020. - Reuters
Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai Secret Service meningkatkan kawalan keselamatan calon Demokrat Joe Biden yang dilihat bakal memenangi pilihan raya Amerika Syarikat.
Memetik sumber, Washington Post melaporkan lebih ramai ejen Perkhidmatan Rahsia dikerah ke Wilmington, Delaware untuk memberi perlindungan kepada Biden yang akan memberi ucapan di negeri itu sekiranya beliau menang pilihan raya.
Biden merupakan senator Delaware selama 36 tahun.
Sementara itu, Presiden Donald Trump sekali lagi mengulangi dakwaan ‘ditipu’ pada pilihan raya kali ini. Tanpa mempersembahkan sebarang bukti, Trump mendakwa proses demokrasi AS penuh dengan penyelewengan undi.
"Ini adalah kes yang mereka berusaha untuk mencuri pilihan raya," kata Trump dalam satu taklimat di White House. Beliau beredar tanpa menjawap sebarang soalan wartawan.
Sebelum ini, Trump, menegaskan akan memfailkan usul mencabar pengiraan undi di negeri-negeri yang dimenangi Demokrat.
Pada masa yang sama, protes pro-Trump tercetus di luar pusat mengundi di beberapa negeri, termasuk di Nevada dan Arizona.
Biden, 77 tahun, semakin hampir untuk mendapatkan 270 undi elektoral untuk menang pilihanraya. Menurut laporan CNN, Biden sedang mendahului kiraan undi dengan 253 undi elektoral berbanding Presiden Trump yang mendapat 213 undi elektoral.
Bekas naib presiden itu terus merapatkan jurang undi di Georgia dan Pennysylvania yang didahului Republikan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#White House
#Joe Biden
#Delaware
#Demokrat
#Republikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan