awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2024
02:00 MYT
AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Jabatan Perbendaharaan mengenakan sekatan terhadap 12 individu yang terlibat dalam skim perolehan dan pembiayaan oleh kumpulan Houthi di Yaman. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.
Kenyataan laman web Jabatan Perbendaharaan pada 19 Disember antara lain memaklumkan, senarai tersebut melibatkan individu, syarikat, dan kapal tertentu.
Sekatan ini tertumpu pada tiga kapal yang terlibat dalam perdagangan petroleum dan petrokimia Iran.
Aktiviti ini didakwa menjana berbilion dolar untuk Iran, yang digunakan bagi program nuklear, pembangunan peluru berpandu balistik dan pembiayaan proksi seperti Hezbollah, Hamas dan Houthi.
Pemangku Setiausaha Bahagian Perisikan Kewangan dan Pembanterasan Keganasan, Bradley Smith menegaskan komitmen AS untuk menyasarkan sumber pendapatan utama Iran yang membiayai aktiviti untuk mengganggu kestabilan serantau.
Beliau turut menyatakan Iran menggunakan rangkaian kapal, syarikat dan fasilitator yang beroperasi secara rahsia untuk melaksanakan aktiviti ini.
Iran, bagaimanapun, mendakwa program nuklearnya untuk awam, bukan bermatlamat kemusnahan besar-besaran.
Sekatan ini membekukan semua aset dan kepentingan pihak yang disasarkan di AS.
Individu atau entiti AS yang berurusan dengan pihak ini berisiko dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda.
Selain itu, Jabatan Perbendaharaan mengenakan sekatan terhadap 12 individu yang terlibat dalam skim perolehan dan pembiayaan oleh kumpulan Houthi di Yaman.
Topic Berkaitan
#sekatan
#Houthi
#Iran
#AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan