Skip to main content

Malaysia

Perbezaan membentuk kekuatan dan identiti Malaysia – Ahmad Zahid

Menurut Ahmad Zahid, kekuatan negara terletak pada kesatuan rakyatnya yang berbilang kaum.
Menurut Ahmad Zahid, kekuatan negara terletak pada kesatuan rakyatnya yang berbilang kaum.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perbezaan bangsa, agama, budaya dan latar belakang bukan penghalang kepada perpaduan, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk identiti Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kekuatan negara terletak pada kesatuan rakyatnya yang berbilang kaum.

Menurutnya, perjalanan Malaysia sejak 1963 membuktikan bahawa kemajuan dan kesejahteraan hanya dapat dibina apabila rakyat bergerak bersama, saling menghormati serta memelihara keharmonian.

Advertisement

“Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada kesatuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan latar belakang.

“Perbezaan bukan penghalang, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk identiti Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Malaysia pada Rabu.

Advertisement

Ahmad Zahid turut menyeru rakyat terus memelihara semangat kebersamaan dan memperkukuh perpaduan demi membina Malaysia yang lebih makmur, berdaya tahan serta disegani.

Must Watch Video

Advertisement