awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 13 maut, kebakaran besar di 7 blok pangsapuri di Hong Kong

Bernama
Bernama
26/11/2025
20:20 MYT
Sekurang-kurangnya 13 maut, kebakaran besar di 7 blok pangsapuri di Hong Kong
Api memusnahkan tujuh blok pangsapuri di kompleks kediaman Wang Fuk Court di daerah Tai Po, Hong Kong, menyebabkan penduduk terperangkap di kediaman masing-masing. (Foto AP)
SHENZHEN (China): Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam kebakaran besar di kompleks kediaman membabitkan tujuh blok pangsapuri 32 tingkat di Hong Kong, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Rabu, memetik pihak berkuasa.
Seramai 15 lagi dilaporkan cedera, menurut beberapa laporan media.
Pihak berkuasa mengklasifikasikan kebakaran yang berlaku pada waktu petang di kompleks kediaman Wang Fuk Court di daerah Tai Po sebagai kecemasan tahap 5, iaitu tahap amaran tertinggi.
Seorang anggota bomba antara yang maut. Kerajaan Hong Kong mengesahkan lelaki berusia 37 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di lokasi dan dibawa ke hospital dan kemudian meninggal dunia akibat kecederaan.
Api memusnahkan tujuh blok pangsapuri di kompleks berkenaan, menyebabkan penduduk terperangkap di kediaman masing-masing.
Kompleks itu terdiri daripada lapan blok pangsapuri, setiap satu mempunyai 32 tingkat dan hampir 2,000 unit kediaman.
BACA: Api marak jilat blok kediaman di Hong Kong, empat maut
Menurut laporan, kesemua bangunan itu dipasang perancah buluh bagi kerja pengubahsuaian.
Foto dan video dari lokasi menunjukkan kepulan asap tebal naik dari menara kediaman itu.
Akhbar South China Morning Post melaporkan lebih 760 anggota bomba dan 400 pegawai polis dikerahkan, manakala lebih 700 orang mendapatkan perlindungan di pusat penempatan kecemasan.
Dahulu merupakan tanah jajahan British, Hong Kong kini ditadbir sebagai satu daripada dua wilayah pentadbiran khas China bersama Macau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#kebakaran kompleks kediaman
#pangsapuri terbakar
#13 maut dalam kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan