awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dollah Salleh dilantik Penolong Pengarah Teknikal NFDP
Gagal siapkan penghakiman tepat masa, berundur adalah pilihan bermaruah - Ketua Hakim Negara
Trump isytihar beliau sebagai pemangku Presiden Venezuela di media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Api marak jilat blok kediaman di Hong Kong, empat maut

Asyraf Malik
Asyraf Malik
26/11/2025
10:46 MYT
Api marak jilat blok kediaman di Hong Kong, empat maut
Blok kediaman yang sedang hangus dijilat api mengakibatkan suasana cemas di sekitar bandar Hong Kong. - Foto Reuters
HONG KONG: Empat mangsa disahkan maut manakala beberapa lagi terperangkap dalam kebakaran besar yang memusnahkan blok kediaman di Wang Fuk Court, daerah Tai Po, di sini pada petang Rabu.

Ringkasan AI
  • Empat mangsa disahkan maut dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai Po, Hong Kong.
  • Kebakaran mencapai tahap Amaran Tahap 4, kedua tertinggi dalam sistem kecemasan bandar.
  • Beberapa anggota bomba mengalami kecederaan dan Lebuhraya Tai Po ditutup sementara akibat kejadian itu.

Kebakaran itu dilaporkan bermula sekitar 2.51 petang waktu tempatan, ia secara pantas memasuki kategori Amaran Tahap 4 pada jam 3.34 petang, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem kecemasan bandar tersebut.
Menurut Jabatan Bomba Hong Kong, pasukan penyelamat berdepan kesukaran mengekang api yang marak dengan asap tebal dari bangunan berkenaan, selain beberapa blok kediaman sedang menjalani kerja penyelenggaraan.
Menurut laporan akhbar tempatan yang memetik sumber polis, dua mangsa difahamkan mengalami melecur teruk dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala seorang lagi sudah berjaya distabilkan.
Selain itu, beberapa anggota bomba juga mengalami kecederaan ketika usaha memadam kebakaran yang marak.
Jabatan Pengangkutan Hong Kong turut mengarahkan penutupan sebahagian Lebuhraya Tai Po akibat kebakaran, beberapa laluan bas kini terpaksa dilencongkan.
Tambah Jurucakap Bomba Hong Kong, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Untuk rekod, Wang Fuk Court merupakan kompleks perumahan terdiri daripada lapan blok kediaman dengan hampir 2,000 unit.

Topic Berkaitan
#kebakaran Hong Kong
#Wang Fuk Court
#Tai Po
#blok kediaman hangus
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan