awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selatan Global perlu bersatu selesaikan masalah tanpa kuasa besar - PM Anwar

Bernama
Bernama
15/09/2025
08:53 MYT
Selatan Global perlu bersatu selesaikan masalah tanpa kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata, multilateralisme semakin tidak diendahkan kuasa besar. Negara membangun perlu ambil inisiatif lindungi kepentingan politik dan ekonomi masing-masing. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara Selatan Global supaya memperkukuh perpaduan dan bekerjasama menyelesaikan cabaran dunia tanpa bergantung kepada kuasa besar.
Anwar merujuk kepada Semenanjung Gaza sebagai contoh jelas ketidakadilan apabila orang awam tidak bersalah dibunuh tanpa sebarang tindakan atau hukuman me ats pelakunya, justeru situasi seperti ini memerlukan tindak balas bersama.
"Gaza adalah contoh nyata. Seluruh dunia boleh mengadu bahawa mereka (Israel) akan terus membunuh bayi, kanak-kanak dan wanita dan terlepas daripada sebarang tindakan.
"Jadi, apakah penyelesaiannya? Penyelesaiannya ialah membina persefahaman Selatan Global agar mampu menyelesaikan sebahagian masalah itu sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana kuasa besar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama penyampai CGTN, Zheng Junfeng, semasa lawatan kerja ke China, baru-baru ini.
Anwar berkata multilateralisme semakin tidak diendahkan oleh kuasa besar, maka negara membangun perlu mengambil inisiatif melindungi kepentingan politik dan ekonomi masing-masing.
"Kita faham masalah ini, berapa banyak resolusi pun boleh diluluskan, tetapi ia tetap tidak diendahkan kerana, tidak seperti perfahaman pada masa lepas bahawa multilateralisme adalah jawapan, kita lihat berkali-kali ia tidak dihormati," katanya.
Perdana Menteri turut merujuk kepada mekanisme serantau dan global seperti ASEAN, BRICS, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) serta inisiatif China sebagai saluran kerjasama.
"Ini adalah ruang yang boleh kita manfaatkan untuk mengurangkan dan mengimbangi sebahagian isu yang mencabar, bukan sahaja dalam politik global tetapi juga dalam kepentingan ekonomi, bagi melindungi kepentingan ekonomi negara-negara ini. Jika tidak, kita yang akan sengsara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negara Selatan Global
#kerjasama
#cabaran global
#penyelesaian masalah
#kuasa besar
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan