Skip to main content

Dunia

Selepas OPEC dan OPEC+, UAE umum keluar daripada OAPEC

41501416939_QatarDohadiploma.jpg
UAE sebelum ini telah pun meninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+. - Gambar fail

DOHA: Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Arab (OAPEC) yang berpangkalan di Kuwait, menurut OAPEC pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

UAE sebelum ini telah pun meninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+.

Advertisement

“Sekretariat Agung OAPEC telah dimaklumkan mengenai sepucuk surat daripada Menteri Tenaga UAE Suhail Al Mazrouei kepada pengerusi sesi semasa Majlis Menteri-Menteri OAPEC, yang mengumumkan keputusan UAE untuk keluar daripada pertubuhan itu berkuat kuasa 1 Mei 2026,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video