awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas tiga tahun, kepulangan Rizieq Shihab disambut ribuan penyokongnya

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
10/11/2020
16:22 MYT
Selepas tiga tahun, kepulangan Rizieq Shihab disambut ribuan penyokongnya
Kepulangan Rizieq Shihab selepas tiga tahun ditahan di Arab Saudi disambut ribuan penyokongnya. - Gambar REUTERS
JAKARTA:Ribuan penyokong Rizieq Shihab berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Bandara Soekarno Hatta Indonesia bagi menyambut kepulangan pemimpin Front Pembela Islam (FPI) dari Arab Saudi.
Rizieq ditahan di Arab Saudi selama tiga tahun selepas didakwa atas kesalahan jenayah termasuk pornografi namun dakwaan itu digugurkan pihak berkuasa Indonesia.
Menurut pihak berkuasa, Rizieq meninggalkan Indonesia pada 2017 bagi menunaikan umrah tidak lama selepas polis mendakwa beliau mempunyai kaitan dengan kes sembang pornografi dan mengihina ideologi Pancasila.
Bagaimanapun, tahun lalu, polis menggugurkan dakwaan itu atas alasan bukti yang tidak kukuh, namun pihak berkuasa Arab Saudi melarang beliau meninggalkan negara itu tanpa sebarang penjelasan.
Perhimpunan bagi menyambut kepulangan Rizieq itu melumpuhkan Jakarta selain menimbulkan kebimbangan wujudnya kluster baharu di provinsi tersebut.
Para penyokong berarak beramai-ramai sambil membawa sepanduk sebagai tanda penghormatan menyambut kepulangan pemimpin itu.
"Hari ini kami menyambut kepulangan pemimpin kami, Habib Rizieq Shihab. Hari ini amat luar biasa. Ia hebat dan sangat menggembirakan.
"Ini semua di luar jangkaan di mana kepulangan Habib Rizieq disambut jutaan orang", ujar salah seorang penyokong Rizieq, Hadi Alatas.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jakarta
#perhimpunan
#Front Pembela Islam
#Rizieq Shihab
#FPI
#Arab Saudi
#Pancasila
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan