awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan kapal misi FFC dan TMTG bersatu di Perairan Crete menuju ke Gaza

Syaff Syukri
Syaff Syukri
03/10/2025
14:45 MYT
Sembilan kapal misi FFC dan TMTG bersatu di Perairan Crete menuju ke Gaza
Lapan kapal layar dalam misi TMTG sebelum ini berlepas dari pelabuhan San Giovanni Li Cuti di Sicily menuju ke Gaza, pada 27 September lalu. - Gambar https://thousandmadleens.fr/tracker/
GREECE: Kesemua sembilan kapal dan kapal layar yang terlibat dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kini bersatu di perairan antarabangsa berdekatan Pulau Crete, Greece, sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Lapan kapal layar dalam misi TMTG sebelum ini berlepas dari pelabuhan San Giovanni Li Cuti di Sicily menuju ke Gaza, pada 27 September lalu.
Manakala kapal Conscience berlepas dari Porto Otranto, Itali, pada 30 September lepas.
Secara keseluruhan misi ini melibatkan kira-kira 150 peserta dengan Conscience membawa peserta paling ramai melibatkan 92 peserta dari 25 negara termasuk lapan peserta dari Malaysia.
Selain Conscience, lapan kapal layar lain yang terlibat ialah Umm Saad, Leila Khaled, Gaza Sunbird, Milad, Alaa Al-Najar, Anas Al Sharif, Abd Elkarim Eid dan Soul of my Soul.
Misi kali ini memfokuskan kepada misi membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan dan aktivis ke Gaza.
Topic Berkaitan
#kapal layar
#wartawan antarabangsa
#waktu tempatan
#Freedom Flotilla Coalition
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami