awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan maut, 16 cedera dalam kemalangan 'sleeper bus' di Vietnam

Bernama
Bernama
25/07/2025
09:17 MYT
Sembilan maut, 16 cedera dalam kemalangan 'sleeper bus' di Vietnam
Bas persiaran jenis "sleeper" itu dalam perjalanan dari Hanoi ke Da Nang apabila hilang kawalan sebelum melanggar penanda jalan dan terbalik. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
HA TINH (Vietnam): Sembilan orang maut manakala 16 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di wilayah tengah Ha Tinh, Vietnam awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Ringkasan AI
  • Sembilan orang maut dan 16 cedera dalam kemalangan bas jenis "sleeper" yang terbalik selepas hilang kawalan di National Highway 1A, wilayah Ha Tinh, Vietnam pada awal pagi Jumaat.
  • Bas tersebut dalam perjalanan dari Hanoi ke Da Nang dan membawa kira-kira 28 penumpang; seorang mangsa cedera dilaporkan kritikal dan telah dipindahkan ke hospital besar wilayah.
  • Pihak berkuasa tiba segera di lokasi untuk membantu mangsa dan menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 2 pagi di National Highway 1A, di kawasan perumahan Dong Trinh, dalam kawasan pentadbiran Song Tri.
Bas persiaran jenis "sleeper" itu dalam perjalanan dari Hanoi ke Da Nang apabila hilang kawalan sebelum melanggar penanda jalan dan terbalik.
Bas berkenaan membawa kira-kira 28 penumpang. Seorang daripada mangsa cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal dan telah dipindahkan ke hospital besar wilayah, manakala selebihnya sedang menerima rawatan di hospital tempatan.
Pihak berkuasa berkaitan segera tiba di lokasi untuk membantu mangsa dan menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#sleeper bus
#Vietnam
#penumpang maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami