Skip to main content
Advertisement

Dunia

Senat AS gagal lulus resolusi mengenai pelanggaran hak asasi manusia di Tebing Barat

The U.S. Capitol and the U.S. flag in smoky conditions due to the Canadian wildfires, in Washington, D.C., U.S., July 17, 2026. REUTERS/Al Drago
Resolusi itu disekat selepas memperoleh 47 undi menyokong dan 51 undi menolak. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) gagal meluluskan satu resolusi yang menggesa pentadbiran negara itu melaporkan pelanggaran hak asasi manusia di Tebing Barat, termasuk insiden keganasan yang melibatkan warga AS.

Dalam undian prosedur yang diadakan pada Selasa, resolusi itu disekat selepas memperoleh 47 undi menyokong dan 51 undi menolak, sekali gus gagal mencapai majoriti mudah yang diperlukan untuk diluluskan.

Resolusi berkenaan bertujuan mewajibkan Jabatan Negara AS menyediakan laporan kepada Kongres mengenai pembunuhan warga AS yang didakwa dilakukan oleh peneroka Israel atau pasukan keselamatan Israel di Tebing Barat, selain menilai keadaan hak asasi manusia di wilayah tersebut.

Keputusan undian itu turut mencerminkan perbezaan pendirian yang semakin ketara antara Parti Demokrat dan kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung layanan terhadap rakyat Palestin.

Hampir semua senator Demokrat menyokong resolusi itu, kecuali John Fetterman, manakala hampir semua senator Republikan mengundinya, kecuali Rand Paul.

Kegagalan resolusi tersebut dilihat sebagai satu lagi petunjuk kepada sokongan berterusan Parti Republikan terhadap kerajaan pimpinan Netanyahu, meskipun kritikan terhadap dasar Israel di Tebing Barat semakin meningkat dalam kalangan sebahagian ahli politik Demokrat.

Undian itu berlangsung hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya pertengahan penggal AS.

Tinjauan pendapat menunjukkan Republikan berisiko kehilangan majoriti mereka di Kongres, satu perkembangan yang berpotensi membawa perubahan ketara terhadap dasar AS berkaitan Israel sekiranya keseimbangan kuasa di Kongres berubah selepas pilihan raya.

 

 

Must Watch Video

Advertisement