awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi lelaki kulit hitam maut ditembak, Ketua Polis Atlanta letak jawatan

Agensi
Agensi
14/06/2020
13:38 MYT
Seorang lagi lelaki kulit hitam maut ditembak, Ketua Polis Atlanta letak jawatan
Erika Shields meletak jawatan selepas seorang anggotanya menembak mati lelaki kulit hitam, Rayshard Brooks dalam cubaan menahan mangsa. - AP Newsroom
Ketua Polis Atlanta, Erika Shields meletak jawatan selepas seorang anggota jabatannya menembak mati seorang lelaki kulit hitam, Rayshard Brooks, dalam cubaan menahan mangsa.
Datuk Bandar, Keisa Lance Bottoms berkata, Shields sudah berkhidmat dengan Jabatan Polis Atlanta selama lebih dua dekad.
Jabatan Polis Atlanta turut menyiarkan gambar dua pegawai polis yang terlibat dalam kes tembak tersebut.
Seorang pegawai iaitu Garrett Rolfe dipecat, manakala seorang lagi, Devin Bronsan dipindah tugas sebagai pegawai pentadbiran susulan insiden kontroversi berkenaan.
Pihak berkuasa turut menyiarkan rakaman Brooks, 27 tahun, yang terbaring di jalan di luar restoran Wendy's di Atlanta, selepas ditembak mati pada Jumaat malam.
Sebelum itu, anggota bertugas menerima aduan tentang seorang lelaki yang tertidur di dalam keretanya dan menyekat laluan masuk ke restoran makanan segera itu.
Biro penyiasatan Georgia juga sudah membuka kertas siasatan kes tersebut.
Insiden berkenaan berlaku ketika Amerika berhadapan siri protes dan rusuhan yang memperjuangkan isu perkauman, berikutan kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd, pada 25 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Erika Shields
#George Floyd
#Ketua Polis Atlanta
#lelaki kulit hitam
#Rayshard Brooks
#tembak mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan