awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
Turkiye bawa pulang 17 buruan, termasuk 12 individu dalam notis merah Interpol
JKR siap naik taraf sistem CCTV SPRM bernilai RM6.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lelaki maut ditembak di London Bridge

Agensi
Agensi
29/11/2019
15:10 MYT
Seorang lelaki maut ditembak di London Bridge
Pihak polis tersebut terpaksa menutup laluan jambatan itu bagi memudahkan proses siasatan. - Foto AP
Beberapa orang awam dilaporkan cedera akibat satu pergaduhan sehingga menyebabkan tikaman berlaku di London Bridge sekitar jam 2 petang waktu tempatan pada Jumaat.
Susulan serangan tikaman itu, pihak polis melepaskan tembakan dan menahan seorang suspek.
Siasatan awal mendapati, polis melepaskan tembakan tersebut bagi meleraikan pergaduhan oleh sekumpulan lelaki di jambatan tersebut.
Pihak polis tersebut terpaksa menutup laluan jambatan itu bagi memudahkan proses siasatan.
Rakaman foto dan video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa buah kereta polis dan bas mengerumuni jambatan tersebut.
Pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci mengenai insiden tersebut.
Setakat ini seorang lelaki dilaporkan telah ditembak oleh polis.
Pada Jun 2017, jambatan tersebut pernah menyaksikan insiden tembakan oleh tiga ahli kumpulan militan di dalam sebuah van dan melepaskan tembakan rambang terhadap orang ramai sehingga meragut lapan nyawa.
Awal tahun ini, Britain menurunkan tahap ancaman keganasan nasionalnya kepada "kukuh" daripada "teruk" iaitu tahap paling rendah sejak 2014.
Topic Berkaitan
#ditembak mati
#london bridge
#Polis Britain
#tembakan
#tikaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan